Nov 19, 2009

"last exam??~operating system~

Alhamdulillah.... akhirnya, musim peperiksaan sudah melabuhkan sementara jidainya... last exam, operating system.. walaupun agak terkejut sebab banyak sangat soalan yang perlu dijawap (no option) dengan markah keseluruhan 100 markah, namun terbit rasa syukur dihati.. sebab ni exam yang last.. walaupun saya orang yang last habis exam kat rumah....(=


bak kata Dr Shahirah, sepatutnya kami semua dah immune dengan exam.. ye r kan..kami kan da tahun 3.hehe( da tua pon rupanya). namun, perasaan gentar tu tetap ada bersarat dalam hati.. memikirkan tanggungjawap sebagai seorang anak, pelajar, etc... (sambung sendiri =)


dan, satu lagi "perkara" besar yang sedia menanti diri ini.. iaitu WEHDAH 09... sedikit rasa bimbang andai apa yang kami rancang jadi sebaliknya. kerana kami hanya mampu merancang tapi Allahlah yang menentukan semuanya... Dan perancangan Allah adalah sebaik-baik perancangan..


semasa meeting dengan en. syafful... melihat saya yang agak tersengguk2 faham, kak Ti menepuk bahu saya dengan mesra dan berkata :
"banyak2 selawat Neza, hati yang kosong tanpa zikruLLAH mudah dihinggap syaitan.. syaitan memang suka bermain dekat kelopak mata.. natijahnya, kita akan rasa mengantuk.."


saya hanya menganggukkan kepala. dalam hati ,saya berselawat banyak2.. sebab hati yang kosong jadi tempat kesukaan syaitan untuk brmain, bergayut and so on.. hati yang rasa bertuhan, walau keseorangan tetap rasa damai, sebab hati itu yakin Allah tetap ada bersamanya... tapi hati yang tidak bertuhan, walau berada ditempat yang ramai tetap rasa sunyi dan keluh kesah... bukankah dengan mengingati Allah itu hati kita menjadi tenang??

Nov 1, 2009

"salam final exam"

salam untuk semua sahabat2...

selamat mnempuh alam exam... usaha + doa = mumtaz.. Insya'Allah....
banyakkan berdoa moga diberi ketenangan hati dan dapat jawab exam....

Oct 16, 2009

"what colour's ur brain??

Assalamualaikum...

sekadar perkongsian cerita yang mungkin betul dan mungkin juga kesohehannya boleh diragui. kerana kajian dan ilmu yang ada pada manusia itu sangat terbatas. kadang-kadang lebih bias kepada sesetengah pihak.. (apa yang saya merepek ni kan??hehehe) berbalik pada topik asal, what's colour ur brain? menurut satu reseach yang mat2 saleh buat ada dua indikator kaler otak kita. warna hitam dan putih...

masa kelas cyberLaw tadi, lec kegemaran saya menyoal kami semua soalan ni:

"what u think, colour's of ur brain? it's white or black?
ada yang jawap... Dr, maybe white..(suara yang tak berapa nak yakin sangat...hehe!! sape tu? rahsia..^_^ )
tetibe jer dari arah belakang saya, ada satu suara yang menjawap, Dr, colour grey...hehehe!! tergelak jap saya dengar... "a,a.. white + black = grey... Dr cuma senyum then sambung balik.. either white and black only...

then, Dr bagitahu kat kami semua result daripada kajian yang mat2 saleh tu buat. mereka telah mengkaji otak malay dengan non-malay. keputusannya, otak malay warna putih tapi otak non malay warna hitam...

so, apa bezanya plak kan? cam suspen jek... then, Dr sambung lagi.................

otak orang melayu warna putih sebab kita tak optimizekan penggunaan otak kita. dengan bahasa yang lebih mudah dan ringkasnya orang melayu malas berfikir.  kalau kita tengok secara realiti pun, orang melayu lebih suka pada budaya hedonisme(mcm2 pertandingan hiburan yang boleh kita tengok sekarang) berbanding dengan sesuatu yyang boleh mmencabar kita untuk berfikir dengan lebih kreatif.berangan2 tak termasuk dalam kategori berfikir yea...

bila mendengar kata2 Dr, saya terfikir sat. betul juga kata2 Dr tu..(saya merujuk pada diri saya sendiri)saya pernah sebilik ngan non-malay dulu. kat situ saya dapat lihat jurang yang agak mendalam dan melebar antara kami berdua.. cara atau mentaliti kami berfikir sangat berbeza. sebagai contoh : masa mula2 masuk dulu, saya da setkan dalam minda saya (mind set) bahawa math tu sangat2 susah berdasarkann pengalaman saya semasa SPM. then, kata2 tu tanpa sengaja saya terluah kat housemate saya yang non-malay ni.. nak tahu apa yanng di cakap???

"math tak susah. tapi, kita yang dah cakap awal2 kat diri kita yang math tu susah.. automaticlly, kita jadi sedikit trauma nak belajar.." lebih kurang macam ni r kata2 dia..(hampir 3 tahun da peristiwa ni berlalu)

seperti yang pernah saya tulis dalam enty2 sebelum ni, yang kita berdepan sebenarnya bukan dengan masalah itu sendiri, tapi dengan diri kita... macam mana kita nak memaksimumkan pengggunaan otak kita.

~A.K.U....

“umi, abi… aku sudah tak sabar untuk keluar dari ruang gelap dan sempit ini… bilakah masanya akan tiba untuk kita saling mengenal wajah dan berkongsi sayang? Aku lahir dari “eratnya” kasihmu umi dan abi. Aku lahir hasil dari cinta yang Allah sematkan dalam hati naluri insan… cinta yang sering disalahfahami oleh insan dan termasuk dirimu umi dan abi…”

“umi… ku sudah menerima “hadiah” pertama darimu walau jasad kecilku belum lagi menjengah duniamu yang kukira sangat berwarna-warni… warna-warna hidup yang pelbagai ragam, mungkin kan umi? Natijah dari “penawarmu” itu telah merencatkan perjalanan perkembanganku… tanganku tak berjari, malah denyutan jantungku tak selari… lebih malang lagi, umi tulang-tulang kakiku tak berbalut dengan sempurna.”


Aku menunjukan jariku yang cacat. BUKAN CACAT!!! malah langsung tak berjari!! kejamnya hati seorang umi… kerasnya hati seorang abi.. aku menangis sedih. Cuba meraih simpati. Mungkin dari hati-hati itu masih ada lagi sifat seorang manusia… manusia yang masih lagi berstatus HAMBA!!!


“umi, aku akan menunggu saat itu…saat dipertemukan kita nanti. Akan kutuntut segala apa yang sudah kau lakukan yang terpias pada diriku, umi. Saat itu akan tiba jua nanti bi izni LLAH.”


****


“arg!!! Tidak!!! Aku mimpi je tadi. Tak mungkin itu betul!!!” terasa hangat air mata Jannah yang luruh ke pipi.. pantas, tangannya diusap lemput ke perut. Perutnya makin membesar saban detik dan waktu. Kepalanya digelengkan berkali-kali. Masih terlayar bayangan janin yang sudah membentuk rupa namun tak sempurna.. perasaan bersalah mula melingkari hati nuraninya. Naluri seorang uminya masih ada.


“nak, umi terpaksa…” jannah mula tak keruan. Hatinya rawan. Dicuba untuk melelapkan kembali matanya, namun gagal… sedaya mungkin cuba ditahan esak tangisnya. Bimbang andai Faqih terbangun. Dia sudah maklum habuannya andai itu berlaku.


“umi terpaksa? Siapakah yang paksa umi? Siapa? Bukankah memang itu niat umi?”


Aku menjerit semahunya. Tubuh kecilku bergetar. Menahan tujahan gelombang suaraku dan mungkin getaran rasaku sekarang. Rasa yang tajam menusuk jauh ke perdu hatiku.


Sekali lagi Jannah terbangun… matanya meliar keseluruh bilik. Mencari-cari arah datangnya suara yang baru didengarinya.


“aku bermimpi lagi? Tolong jangan ganggu aku lagi!!!!!”


“Anna, kenapa ni? dah g**a ker?


Sergahan kasar Faqih berjaya mendiamkan Jannah. Perlahan-lahan tubuhnya dibaringkan semula sambil berbisik perlahan:


“nak, jangan ganggu umi lagi…”


Mata jannah mula tertutup kembali dan mula tidur…


Aku mengeluh.. umi belum “bangun” dari dosanya. Umi belum rasa bersalah malah masih berseronok dengan jalan hitam yang telah dipilihnya. Hatiku sayu. Tersangat sedih. Perlahan kugerakkan “jari-jemariku”. Kulihat bukti “murni dan tulusnya” cinta umi dan abi.


Cinta yang lahir bukan kerana takutkan Allah. Bukan juga lahir dari hati yang benar-benar tulus ikhlas. Tapi, cinta yang berputik kerana nafsu semata-mata… dilampiaskan keinginan muda. Dan, akhirnya membenihkan aku…


“ Ya Allah, kau berikanlah kesedaran buat umi dan abiku… kesedaran tentang hakikat cinta yang sebenar. Jalan yang sebenar-benarnya…”


****


“mana aku nak pergi ni. Balik semula? Oh no… mati hidup balik pun aku takkan balik semula. Titik. Tapi? Aku nak pergi mana ni?”


Jannah masih lagi melilau-lilau di KL Cental. Buntu. Jannah nekad keluar rumah apabila dimarahi abahnya kerana dia telah dibuang sekolah ekoran banyak masalah disiplin. Salah satunya ialah merokok.


“alah, abah pun merokok. Apa yang salahnya kalau Anna pun merokok?’ dengan selambanya Jannah melawan kembali.


Terasa kering darah abah saat itu. Di bawah kawalan kesedarannya, tangannya dihayun kasar ke pipi Jannah.. pang!!!


“Kurang ajar!!! Keluar kau dari rumah ni!! Aku tak nak tengok muka anak yang kurang ajar macam kau!!!


Akhirnya, disinilah perjalannya bernoktah sementara. Di KL Central. Kata orang, kat KL banyak kerja. Lubuk wang…


“erm,bolehlah aku kerja kat sini jer. Untuk sementara jer, kot.”


Selajur, Jannah menghalakan langkah kakinya ke MacD sebelum duduk dikerusi. Penat duduk dalam bas mula terasa kendur. Jannah tak mampu menghalang matanya dari memerhatikan gelagat manusia-manusia yang singggah di cornea matanya. Tangannya mula mengeluarkan sebatang rokok sebelum disuakan kemulut dan dinyalakan api.


“fuh, lega. Da boleh hisap rokok”… Tingkah liarnya menarik perhatian Faqih untuk mendekat. Menghulurkan perkenalan yang mula dibayangi percikan nafsu muda.

Bermulalah hubungan Jannah dan Faqih. Kebaikan yang ditonjolkan Faqih memberanikan Jannah untuk menumpang sementara di rumah Faqih. Segala keperluannya ditanggung oleh Faqih. Dalam sedar dan tidak sedar, mereka telah jauh terlanjur. Lupa pada hidup selepas mati. Lupa pada catatan yang sentiasa dicatat malaikat kiri dan kanan.sehinggalah……………….


“Faqih, Anna takut. Anna dah mengandung…”


“Anna, relax jangan panic.. kita boleh gugurkan jer kandungan Anna tu.. it’s small matter”


Patah-patah kata yang keluar dari bibir Faqih yang masih lagi beriak selamba mententeramkan kembali hati Jannah.


“betul juga kata Faqih. Itu pun aku nak takut.. apa daa..” Jannah bermonolog sendirian.


Pelbagai jenis ubat yang tertera “PEREMPUAN YANG HAMIL DILARANG MENGAMBILNYA” telah dimakannya. Pelbagai cara dan ikhtiar telah diusahakan bermatlamatkan ingin menggugurkan janin yang makin membesar dalam rahimnya, namun gagal. Seolah-olah janinnya sayang nak lepaskan pegangannya di rahim Jannah..


****


“umi, kenapa aku kau tinggalkan disini.keseorangan. tanpa pakaian. aku sejuk umi…kenapa umi? Tali pusatku belum dipotong lagi namun jasad kecilku kau semadikan disini.. umi, ketahuilah aku masih lagi bernyawa!!!!”


“umi, disini masih ada lagi yang sudi ‘membelaiku’. Walau belainya menyakitkan ku. Menyebabkan kulitku yang masih lembut ini berdarah dan menanah. Namun, kuterima andai itu sahaja yang mampu kumiliki.. terima kasih semut-semut yang sudi menemaniku disini… “


Aku cuba menenangkan diri. Tipu kalau kukatakan aku tidak takut. Kiri kananku hutan belaka. Mainan merangkap temanku hanya semut-semut api yang masih setia merayap dan “menggigit sayang” ke seluruh tubuhku tanpa berpakaian ini. Tiba-tiba mataku menangkap satu lembaga yang besar dan menakutkan menghampiriku.


“umi…. Tolong, aku tak kenal apa gerangan yang datang ke arahku. Tapi, ku dapat hidu hadirnya bukan niat yang baik.. umi…. Tolong, aku umi. Tanganku sakit. Tanganku telah ditarik kasar oleh “tamu” baruku…


“umi…. Tangannku telah habis ditelannya. Kini, tamu itu masih lagi memandangku. Belum puas agaknya menjamu tanganku tadi.Umi, aku hanya mampu menangis. Aku tak mampu berlari umi.. aku rasa sakit. Sakit yang amat sangat..”


“umi, dia datang lagi… kali ini, kakiku pula ditariknya. Dadaku dirobek kasar. Badanku diratah semahu-mahunya. Nafasku sudah dihujung nyawa, umi. Namun, ku masih menantimu umi… masihkah kau dengar tangisanku?


“umi.. aku sudah tak bernyawa lagi.. hanya tinggal kepalaku sahaja yang tidak dijamu oleh tamuku. Mungkin jadi bukti untuk dunia. Bukti bahawa aku pernah lahir disini. Aku pernah bernafas dalam rahimmu. Aku pernah dibenihkan bukan secara jalan yang benar.”


“umi,aku akan menantimu disana. Ya!!! Aku akan memburumu. Aku akan menjadi saksi. Saksi atas kezalimanmu. saksi cinta terlarangmu dengan abi..”

#nota penulis:

saban hari kita mendengar berita tentang penemuan-penemuan bayi dalam keadaan yang sangat menyayat hati. Di manakah nilai kita sebagai seorang makhluk yang telah Allah iktirafkan dalam Al-Quran sebagai sebaik-baik makhluk ciptaanNya? Fikir-fikirkanlah sahabat.

Oct 12, 2009

"hidup ini........"

kadang-kadang rasa rindu itu menyapa. kenangan lalu yang kukuh terpahat di ingatan, satu-persatu mengalir keluar di ingatan. merencahkan lagi rasa rindu yang semakin mencengkam di jiwa..

kutahu amat mustahil dapat diulang episod ria kita bersama.bukan berpunca dari masa yang tiada untuk berjumpa,

Dan, bila umurku mula menginjak 21 tahun, perasaan itu makin bertambah.. sahabat, mungkinkah sebab dikau pergi juga pada ulang tahun kelahiranmu? pemergian yang takkan kembali lagi.hanya doa yang dapat kuhulurkan...


read more...=)

Jul 27, 2009

Doa,….online??

Hampir semua individu masa kini online setiap hari. Dalam zaman global ini, internet, emel, ruang sembang seperti YM, social network seperti Friendster, Facebook, Tagged dan sebagainya adalah medium perantara yang sinonim dengan masyarakat untuk berkomunikasi secara langsung. Tidak kira dimana sahaja kita berada, online sentiasa berlaku tanpa mengira sempadan masa dan geografi.

Namun, kita lupa jaringan dengan makhluk sedikit sebanyak telah memesongkan hati kita daripada mencipta jaringan langsung yang lebih hebat dengan Super Kuasa. Kita juga sering merasa kagum dengan ciptaan manusia yang mencipta pelbagai alat teknologi yang makin pesat maju kehadapan daripada memikirkan ciptaan Allah yang lagi HEBAT dan mengagumkan… kita lupa dan mungkin buat-buat lupa bahawa hubungan antara makhluk dengan Khaliq jauh lebih hebat dan merentasi teknologi online yang ada pada hari ini… apakah dia mediumnya??

Jawapannya adalah solat dan doa yang merupakan alat komunikasi online dengan Ar-Rahman, jauh meninggalkan teknologi broadband kebelakang. Malah, insani tidak perlu gusar untuk membayar bil untuk beronline dengan Ar-Rahman dan tidak memerlukan modem dan router yang bertindak sebagai pemangkin online dalam teknologi manusia. Hanya dengan menunaikan solat dan berdoa kepada Yang Maha Esa dimana sahaja di bumiNya ini tanpa mengira koordinat dan range streamix yang diguna, kita telah mampu berhubung dengan Allah secara terus. Tanpa perantaraan internet ciptaan manusia. Tanpa dikenakan sekatan.(URL block)

Semasa kita berdoa, kita merintih…. Kita meminta… kita mengharap keampunan Allah. Dan Dia Maha Mendengar … walau sebanyak electron dalam arus elektrik sekalipun, malah lebih banyak dari itu kita berdoa Ar- Rahman tetap mendengar doa dan pengharapan kita. Tanpa jemu hatta sehingga kita yang rasa jemu untuk berdoa, sehingga tibanya masa nyawa yang dipinjamkan olehNya pada kita diambil kembali. Kita sangat-sangat memerlukan doa bagi didengarkan rintihan, pengharapan dan keluhan kita saban hari lebih dari keperluan kita pada online ciptaan makhluk.

Nabi Muhammad menyatakan bahawa doa adalah senjata orang beriman. Doa merupakan senjata yang unik.Senjata yang bukan sahaja digunakan untuk menyerang musuh tradisi kita, namun senjata yang dapat memberi kekuatan, ketenteraman dan keyakinan kepada tuan punya senjata. Umpama antivirus yang melindungi note book daripada ancaman virus-virus yang boleh merosakkan. Membuatkan hati si pemilik note book rasa tenang dan selamat dari virus-virus namun begitu antivirus yang diguna mesti diupdate sentiasa. Begitu juga dengan kita, sentiasa dan sentiasa berdoa tanpa jemu.

Jul 7, 2009

".............jika kita?"

Assalamualaikum, semua...=)

dalam meniti kehidupan seharian, kadang-kala kita tak dapat menolak andaian bahawa sesekali langkahan kaki pasti tersadung dimana-mana. natijahnya, kita akan jatuh terduduk. sakitnya amat parah. walau tidak meninggalkan sebarang luka namun lebamnya tetap ada... begitu juga dengan kita. acap kali kita mendengar, malah mungkin pernah mengalaminya...


ada kalanya kita terjatuh, sebab kita yang mahukannya berlaku. kita sudah sedia nampak dihadapan kita bangku yang besar tapi tetap mahu melanggarnya... walhal kita dapat mengelak dengan hikmah.. apa yang saya nak katakan disini ialah bukan dengan masalah yang kita sedang berdepan tapi dengan diri sendiri. konflik dalaman yang sentiasa berlaku. antara nafsu dan iman. sentiasa ada perhitungan...

"erti hidup ialah memberi"... kata-kata yang dicetuskan oleh ustaz Hasrizal ni banyak maknanya... yang baru saya dapat memahaminya sedikit. memang benar, sebagai manusia kita takkan lepas dari tabiat sukakan balasan. tu memang sifat semulajadi insani namun kita seharusnya berpada-pada. setiap apa yang kita lakukan jangan terlalu harapkan pembalasan. kata-kata ini eloklah difahami secara fizikal dan empirikal.

misalnya, kita selalu mengharapkan layanan yang mesra dari seseorang sebanding dengan layanan kita terhadapnya. harapan yang sedikit menggunung itu lama-kelamaan bisa merosakkan diri kita. hati kita...jika layanan yang diharapkan tidak kesampaian... natijahnya, kita akan rasa down dan kecewa. oleh itu, sebaiknya kita cuba memujuk diri kita andai situasi ini sedang menghantui kita bahawa "erti hidup ialah memberi"... dan juga kita nasihatkan diri, yang kudambakan adalah layanan dan pandangan Ilahi bukannya insani...

"cuba pandang seseorang itu pada kebaikannya walau kita jangka susah dicari namun kebaikan itu tetap ada pada setiap manusia yang mempunya hati"... sedikit sebanyak kita dapat menghindari penyakit suka bersangka negatif terhadap teman sendiri. andai ianya tetap bertiup ke hati kita, banyakkan berdoa kerana kita tahu hanya Allah yang dapat mengikat hati hamba-hambaNya........................
::hari ini lebih baik dari semalam :)

Jul 2, 2009

'jika inginkan perubahan, jangan takut untuk membuat pembaharuan"

Assalamualaikum buat semua sahabat se"alam maya".... sudah sekian lama jemari ini tidak bermesra dengan keyboard untuk meneruskan kalam di blog yang tak seberapa ini. setelah diri ini mengalami beberapa cetusan dan percambahan idea baru dari teman sekeliling, akhirnya terhasil juga lembaran kata ini..
 

read more...=)

May 17, 2009

"selamat bercuti semua..."

Assalamualaikum, sahabat2..

selamat bercuti bagi sahabat2 yang sedang bercuti.. AlhamduliLLAH akhirnya saya dapat pulang kerumah...

pengalaman jadi faci KMJ?? erm, banyak permata2 pengalaman dan ilmu yang dapat saya peroleh sepanjang hampir 10 hari saya bertapa dan menjadi tamu di KMJ... bermula dari 6/Mei sampai 15/Mei... kepenatan, kelelahan dan kemengantukan bertukar serta -merta( kononnye=) bila melihat wajah adik2 yang baru masuk... gembira sangat saya rasa tyme tu.. hehe!!!

sambung lain kali..=)

perhati betul-betul..




ada saja idea halus musuh Islam ......Islam tidak mengajar mencari musuh...tapi mereka yang cari musuh...



Bekas minuman yang dicorakan dengan lukisan beruang "Koala sedang melukis", sekali kilas mesti tak perasan, tapi kuasa Allah tu Maha Besar & Agung memberikan penglihatan dan penelitian yang tajam supaya kita dapat mengenalpasti apa yang bercanggah disisi agama Islam.. gambar ini telah diambil pada hari jumaat di perkarangan masjid yg bertentangan sunway piramid di PJ.

Mar 30, 2009

"Final exam"

Assalamualaikum, sahabat2 semua..

sempena menjelangnya "hari-hari" getir yang akan kita semua lalui nanti iaitu final exam, saya ingin melontarkan bait kata bagi memotivasikan diri sendiri dan juga sahabiah sekalian...=)

memang saya tak dapat nak nafikan jadual exam tahun ni yang paling mencabar bagi saya, kerana terlalu padat. kadang-kala datang satu perasaan putus asa dalam diri saya untuk study. tapi, alhamduliLLAH perasaan itu dapat saya atasi.

"sifat mudah putus asa itu bukanlah sifat orang mu'min, neza" nasihat seorang sahabat tatkala perasaan itu dapat ditafsir olehnya... mungkin dari segi persiapan terlalu ala kadar yang "disiapkan" bagi menempuh alam exam yang akan berlangsung tak sampai 2 minggu saja lagi...

"selepas solat subuh, ambil masa 5 minit untuk bermuhasabah dan cakap pada diri : apa yang aku lakukan hari ini adalah keranaMU YA ALLAH, Insya' Allah setiap kerja yang kita lakukan sepanjang hari diberkati Allah.. " nasihat seorang penceramah bebas.

Ya!! memang betul. setiap hari kita telah berikrar sebanyak 5 kali dalam solat kita " sesungguhnya solatku, amalanku, hidupku dan matiku hanya kerana-MU YA ALLAH..."

sekiranya datang perasaan malas untuk mengulangkaji, nasihatkanlah pada diri bahawa ilmu yang kita pelajari ini dapat membantu kita di alam kubur kelak seperti mana hadis RasuluLLAH
"3 perkara @ amalan yang dapat membantu kita di alam kubur ialah anak yang soleh ( yang sentiasa mendoakannya), harta yang disedahkankan dan ilmu yang bermanfaat."

tatkala saya menyusuri lembaran tokoh-tokoh islam seperti As-syahid Hassan al- Banna, As-syahid Sayyid al-Qutb etc, rata-ratanya semua tokoh-tokoh ini adalah golongan yang berilmu pengetahuan yang tinggi. ada yang bergelar doktor falsafah, professor etc dan sekaligus dapat memberikan kita gambaran bahawa untuk ilmu adalah penting dalam memacu tugas-tugas dakwah Islam.

"jika kamu rasa down, pejamkanlah matamu... bayangkan kamu berada dalam majlis konvo, dihadapanmu kedua ibubapamu yang telah membesarkanmu dari kecil.. apakah yang kamu nak hadiahkan pada mereka pada waktu itu?? fikir- fikirkanlah, neza."

ungkap kata lembut ini pernah diucapkan oleh seorang sahabat saya dulu...

kepada semua sahabat2, saya doakan agar kalian semua dapat apa yang dicitakan, bittaufiq wan najjah =)


Mar 16, 2009

"jangan berlagak"

Assalamualaikum, semua........
kisah yang saya nak kisahkan kat sini sebenarnya berlaku pada diri saya sendiri. tujuan saya nukilkan kat blog ni untuk sama-sama ambil ikhtibar dari apa yang pernah saya alami agar tak buat kesalahan yang sama..huhu!!!!.


erm, nak dijadikan cerita baru-baru ni ada member ajak p masjid. sambil buat kerja sendiri mata saya ni asyik melilau(AstaghfiruLLah- jangan ikut yer, jaga pandangan=) sana sini.sambil-sambil tu sempat juga saya tengok perarakan Maulidur Rasul dan orang kawen. tapi, bukan saya yang kawen,yer.. jangan silap faham..=P

Alhamdulillah, saya dapat balik lebih awal dari member saya... dengan nada yang agak berlagak, saya cakap kat member saya " tengok saya, leh balik awal..hehe!!! awak balik lambat kan,kan?" "Ya Allah, Kau ampunilah dosaku yang ujub+berlagak ni YA Allah"


Allah nak uji dan nak bersihkan balik niat + sikap saya time tu iaitu jangan berlagak walaupun time tu saya cuma berniat nak gurau jer ngan member saya, saya memang kalau bergurau tu bahasa kasaq sket... Allah datangkan ujian kat saya untuk sedarkan saya balik. bila nak balik saya cari sendal saya tapi xjumpa. puas dah cari sekeliling masjid namun masih gagal jumpa. masa tu, barulah saya sedar Allah nak uji dan tarbiayyah saya sebab terlepas cakap sebelum tu....




dengan hanya berselipar
"jepun" saya tetap terus mencari sambil dalam hati saya tak putus-putus berdoa+meminta ampun dari Allah atas kelanjuran kata-kata saya sebelum tu. masa tu saya dapat rasa manisnya ukhwah sebab semua member saya turut sama mencari dan ada yang sanggup keluar ke kedai untuk beli yang baru. memang saya rasa sangat terharu+ tak tahu nak cakap apa lagi tyme tu...



"AlhamduliLLah, akhirnya sendal saya dijumpai juga. moral of this story : jangan berlagak terutamanya di rumah Allah, ukhwah yang terjalin ikhlas kerana Allah itu yang lebih baik, dan akhir sekali sabarlah jika ada ujian dan tarbiyyah yang menimpa sebab mungkin hadirnya ujian atau tarbiyyah itu untuk mensucikan balik niat kita+sedarkan balik apa yang dah kita lakukan..

Mar 11, 2009

Assalamualaikum

Mar 1, 2009

"talk show" sejenak bersama personality



Hari khamis baru-baru ni saya berpeluang ke program “ sejenak bersama personality” walaupun agak banyak juga cabarannnya… erm, cabaran yang saya maksudkan ialah pada keesokannya jam 3 petang saya ada mid – term Software engineering. Saya lom habis study agi =( before that, ada mid term networking and pertandingan pidato (hari selasa). Tapi, alhamduliLLah ALLAH telah dorongkan hati saya untuk pergi ke program tu… sementelah lagi, personality yang dijemput tu memang orang yang saya nak sangat jumpa i.e ustaz Hasrizal. “ erti hidup ialah memberi”

Banyak input yang saya dapat sepanjang “talk show” tersebut disamping dapat melihat ustaz Hasrizal dari dekat.=) Lupa nak bagitahu, program ni sebenarnya anjuran JAKSA JATI sempena minggu integrity yang bertemakan “intergriti luar kampung”. Pelik juga kan bunyinya. Masa mula-mula saya baca kat iklan-iklan saya tergelak kecil.(sebab pelik). Tapi, rupa-rupanya ada makna yang tersendiri. Maksud “intergriti luar kampung” ni ialah sesuatu yang dilakukan diluar kebiasaan kita. Hidup di luar kebiasaan. Teringat kata-kata seorang teman yang bererti jangan lakukan perkara yang sama berulang kali sebab bahaya… amat senang kalau orang da tahu, contohnya tiap-tiap hari rabu kita akan lalu ikut jalan tu so lau ada oraang yang nak wat sesuatu yang jahat kat kita(na’u zubiLLAH) senang jer. Just tunggu kat jalan tu and…………………………………………




“ bertanding dengan diri sendiri”. Satu ungkapan yang agak menarik bagi saya dan makna disebaliknya lagi menarik.=) menurut Ustaz Hasrizal yang menjelaskan maksudnya ialah kita cuba mencabar diri sendiri sejauh mana kita boleh pergi. Mengambil pengalaman dirinya sebagai contoh, Ustaz Hasrizal menceritakan pengalamannya sepanjang belajar di Jordan, then uk before bekerja kat Ireland. Mase tu baru saya tahu rupanya kat Ireland tu ada juga perang saudara. Ceteknya pengetahuan am saya..=( hari ni lebih baik dari semalam..Insya’ALLAh..=) berbalik semula pada cerita ustaz, ustaz telah mencabar dirinya sendiri untuk sambung belajar kat Jordan even masa tu dia baru sahaja kehilangan ayah dan terpaksa tinggalkan ibu yang kurang sihat.( ni pengorbanan yang harus dibayar). After that, ustaz cabar dirinya sendiri dengan sambung belajar kat uk sebab nak lihat macam mana kehidupan dan scenario yang sedang berlaku di Negara- Negara “mat salleh”…



Selepas 11 tahun, ustaz kembali semula ke tanah air dan agak terkejut melihat suasana Negara sendiri. Jika sebelum ni, ustaz telah diperingatkan “culture shock” ( before pergi ke Jordan and uk) tapi ustaz terkena “kejutan budaya “ ketika kakinya sampai ke tanah air sendiri… jadi, fikir-fikirkanlah sahabat…

“aku melihat di barat, orang Islam tanpa muslim tapi apabila aku kembali ke cairo( kaherah), aku melihat muslim tanpa Islam” kata –kata syed abduh selepas kembali semula ke Kaherah selepas dibuang Negara dan merantau ke barat… dan ucapan inilah yang berkisar di fikiran ustaz apabila sampai ke tanah air..

“ barangsiapa yang berkata bahawa manusia itu rosak, aku bimbang orang yang berkata itu akan jadi lagi rosak dari orang yang dikata” ~ hadis Nabi ini menjadi penawar bagi ustaz apabila Ustaz terfikir mahu kembali semula ke Ireland dan mengeluh tatkala melihat gelagat dan kelakuan masyarakat Malaysia yang kadang-kadang lebih “barat” dari orang barat itu sendiri.. banyak contoh yang kita boleh amik samada via drama-drama, filem, majalah-majalah hiburan etc dari segi berpakaian, pergaulan , percakapan etc yang membangkitkan perasaan bimbang dihati kita.tapi , ingat jangan sesekali mengeluh dan berputus asa untuk berusaha memulihkan keadaan. “ sesungguhnya Islam datang dalam keadaan dagang dan kembali dagang, maka beruntunglah orang dagang tersebut”…



Ustaz juga memberikan 4 faktor untuk menjadi mahasiswa/I yang cemerlang i.e ilmu, kemahiran, maklumat dan sikap. Antara keempat-empat ini, yang paling utama ialah sikap. Alasannya ialah, dengan mempunyai sikap yang baik, ketiga-tiga ciri/factor yang lain secara automatic akan dapat dicapai. Kerana orang yang bersikap positif, akan menggunakan ilmu, kemahiran dan maklumat yang dia ada untuk bantu orang lain. Sebagai contoh, kita bersahabat dengan seseorang bukan kerana dia pandai subjek Data structure & algorithm, terer dalam subjek math descript, or subjek software engineering dan bukan juga sebab dia ada kemahiran format laptop, install program or pandai baiki computer tapi kita bersahabat dengan sseseorang tu sebab sikapnya yang menggunakan segala yang dia ada bagi membantu orang lain.dalam bahasa mudahnya, orang yang baik, jujur and tak kedekut ilmu etc..

“ mulakan langkah dengan melihat kesan yang dah ditinggalkan”… ungkapan ni juga telah membuatkan saya tertarik… jika sebelum ni saya sering dimomokkan “ teruskan langkah anda, jangan sesekali pandang kebelakang” tapi kini barulah saya sedar untuk mencapai kejayaan sesekali kita juga perlu melihat kebelakang.. melihat apa yang da kita lakukan dan menilai semula tindakan kita serta cuba mempositifkan mida kita bagi mengelakkan kekhilafan sama yang dilakukan berulang..kecuaian yang serupa akan terulang berulang kali… “ sesungguhnya setiap kejayaan itu bermula dari kegagalan” lirik lagu I wanna be somebody dendangan kumpulan alarm me terngiang-ngiang kat telinga saya.( ni antara lagu fevret saya)



Sebelum ni, acap kali saya mengeluh… “xder orang yang faham saya, xder orang yang take care kat saya , bila saya susah xder yang tolong dan macam-macam lagilah…” tapi, bila ustaz memberitahu “ berusaha untuk faham orang lain sebelum kita nak orang lain faham kita” membuatkan saya terfikir sejenak… selama ni, saya jarang buka hati saya sendiri untuk terima orang, untuk cuba memahami orang di sekeliling saya. Patutlah xder orang yang memahami saya…=( hari ni lebih baik dari semalam…

Kesimpulan yang dapat saya simpulkan disini ialah, untuk berjaya saya mesti cabar diri saya sendiri atau dalam bahasa yang canggih seket “ bertanding dengan diri sendiri”kejayaan sebenarnya berada didepan mata dan samar-samar untuk dimertikan serta sukar dicari tanpa ilmu dan pengalaman. Ia milik orang yang sabar, tekun amanah dan penuh doa setelah bertungkus lumus berusaha dalam mengejar matlamat. Hari ini lebih baik dari semalam.. insya’ALLAH..


Feb 19, 2009

nak boikot...tapi????


sekadar gambar hiasan

Niat dihati nak boikot semua barang-barang Israel tapi apakan daya, saya tak mampu nak menghalang diri ini dari menggunakan barang-barang dan produk-produk Israel. Bukan alasan yang sengaja dicipta bagi menutup kesilapan diri sendiri tapi ini adalah hakikat yang tak mampu diubah dan berubah… selagi mampu saya cuba sedaya –upaya mengelak dari menggunakan barang-barang tersebut yang tak memberi kesan yang besar andai saya tak menggunakannya seperti makan di macD, membeli-belah di Tesco dan sebagainya..

Sebenarnya saya baru tahu bahawa Microsoft word yang selalu digunakan ini pun dicipta oleh orang YAHUDI… malahan boleh dikatakan semua barang-barang dan peralatan computer dicipta oleh orang-orang yahudi. Sem ini, saya belajar subjek teknik pengkomputeran math yang menggunakan software mathematica as a medium pembelajaran cam subjek java & adv java dulu saya guna software netbean.. wolfram i.e “pereka” software mathematica ni juga merupakan orang yahudi. Saya diberitakan oleh Prof.Bachok, lecturer saya yang mengajar bagi subjek ni bahawa Wolfram ni sangat genius dan dia dapat 3 professor dalam bidang yang berlainan ketika umurnya belum lagi menjejak 25 tahun… professor dalam bidang math, comp sn dan satu lagi maaf saya lupa..memang terkejut kami dengar.. bayangkan umur yang begitu muda da dapat 3 prof!!!

 
Sedikit- sebanyak hati saya tersentuh dan insaf.. patutlah umat ISLAM masih lagi dibawah kongkongan mereka. Hal ini, berpunca dari kelemahan kita sendiri dalam semua aspek termasuklah dari segi aspek ilmu, tentera , technology dan sebagainya. Saya juga meneropong situasi yang sedang dan masih lagi berlaku di Negara kita. Semangat untuk membudayakan ilmu sangat kurang diperkatakan dan sangat-sangat dipandang enteng oleh sesetengah pihak..bukan semua tapi kebanyakannya begitu termasuklah diri saya sendiri=( masyarakat melayu yang beragama Islam dinegara kita sedang dibius budaya hiburan yang semakin melampau saban hari. Buktinya jika kita belek akhbar dan berkunjung ke toko-toko buku, bahan apakah yang menguasai pasaran dan mampu menarik pembaca dan pembeli????

Sudah tentu jawapannya ialah bahan bacaan yang berunsurkan hiburan semata. Saya juga kian jemu dan agak meluat untuk menonton TV sebabnya saya dapat melihat sekarang rata-rata produksi berebut-rebut membuat cerita yang berunsurkan tahyul, berebut harta, dendam yang tak sudah dan langsung tak menjana akal masyarakat untuk berfikir dengan lebih kreatif dan matang. Tak kurang juga banyaknya rancangan berbentuk hiburan yang menguasai slot-slot TV. Apa yang dapat saya perhatikan sekarang, setiap stesen TV mempunyai at least 1 program berbentuk hiburan. Memang agak dahsyat “Negara Islam Malaysia” ni kan???Seriously, saya juga selalu compare cerita-cerita yang dihasilkan di Negara kita dengan cerita-cerita yang datang dari Jepun. Sangat – sangat contra.. dari situ, kita da boleh agak bagaimana cara masyarakat kita berfikir dan sejauh mana kemampuan kita untuk mencipta sesuatu yang baru..


Jika kita menyusuri sejarah, memang tidak dapat dinafikan umat Islam yang mempelopori ilmu.. sedikit- sebanyak kita akan cakap balik: “ alah, aper nak kisah sangat. Semua ilmu-ilmu tu asalnya orang Islam dulu jugak yang jumpe. Diorang tu Cuma tiru jer” . memang tak dapat dinafikan kebanyakan ilmu tu datangnya dari orang Islam tapi aper gunanya jika kita hanya berbangga dengan sejarah tanpa berniat nak mengambilnya semula dari genggaman orang yahudi???


Kat bawah ni saya senaraikan maklumat saya terima via msj friendster dari seorang teman:

Populasi Yahudi Di Seluruh Dunia

• 7 juta di Amerika
• 5 juta di Asia
• 2 juta di eropah
• 0.1 juta di Afrika
Keseluruhan = 14.1 juta

Populasi Muslim Di Seluruh Dunia

• 1,000 juta di Asia
• 400 juta di Afrika
• 44 juta di Eropah
• 6 juta di Amerika
Keseluruhan = 1,500 juta
• Setiap 5 populasi manusia di muka bumi bermakna terdapat seorang Muslim (20%)
• Setiap orang Hindu Terdapat dua Muslim (1:2)
• Setiap orang Buddha
Terdapat dua Muslim (1:2)
• Setiap orang Yahudi
Terdapat 107 Muslim (1:107)
TETAPI, 14 Juta Yahudi lebih berkuasa daripada keseluruhan 1,500 juta Muslim!!!!!

Sejarah Pendatang Yahudi
• Albert Einstein - Yahudi
• Sigmund Freud - Yahudi
• Karl Marx - Yahudi
• Paul Samuelson - Yahudi
• Milton Friedman - YahudiPenemuan Perubatan
• Vaccinating Needle - Benjamin Ruben - Yahudi
• Polio Vaccine - Jonas Salk - Yahudi
• Leukaemeia Drug - Gertrude elion - Yahudi
• Hepatitis B - Baruch Blumberg - Yahudi
• Syphilis Drug - Paul Ehrlich - Yahudi
• Neuro Muscular - Elie Metchnikoff - Yahudi
• Endocrinology - Andrew Schally - Yahudi
• Cognitive Therapy - Aaron Beck - Yahudi
• Contraceptive Pill - Gregory Pincus - Yahudi
• Understanding Of Human eye - G. Wald - Yahudi
• Embryology - Stanley Cohen - Yahudi
• Kidney Dialysis - Wilem Kloffcame - Yahudi

Pemenang Hadiah Nobel

Sejak 105 tahun lepas, 14 juta Yahudi telah memenangi 180 hadiah Nobel manakala 1,500 juta Muslim hanya menang 3 Anugerah Nobel yang kesemuanya warga Mesir.

Inovasi Yang Mengubah Sejarah
• Micro-Processing Chip - Stanley Mezor - Yahudi
• Nuclear Chain Reactor - Leo Sziland - Yahudi
• Optical Fibre Cable - Peter Schultz - Yahudi
• Traffic Lights - Charles Adler - Yahudi
• Stainless Steel - Benno Strauss - Yahudi
• Sound Movies - Isador Kisee - Yahudi
• Telephone Microphone - Emile Berliner - Yahudi
• Video Tape Recorder - Charles Ginsburg - YahudiBisnes Global Berpengaruh
• Polo - Ralph Lauren - Yahudi
• Coca Cola - Yahudi• Levi’s Jeans - Levi Strauss - Yahudi
• Starbuck’s - Howard Schultz - Yahudi
• Google - Sergey Brin - Yahudi
• Dell Computers - Michael Dell - Yahudi
• Oracle - Larry Ellison - Yahudi
• DKNY - Donna Karan - Yahudi
• Baskin & Robbins - Irv Robbins - Yahudi
• Dunkin Donuts - Bill Rosenberg - YahudiAhli Politik / Intelek Berpengaruh
• Henry Kissinger -US Sec of State - Yahudi
• Richard Levin - President Of Yale University - Yahudi

So, aper pandangan kita? Sudah terang lagi bersuluh… sudah tiada jalan lain untuk umat Islam bangkit selain daripada kembali kepada fitrah dan membudayakan ilmu. Satu hadis

“ jika kamu mahu berjaya di dunia ialah dengan menguasai ilmu, jika kamu mahukan kejayaan di akhirat juga dengan ilmu dan jika kamu mahu berjaya dunia dan akhirat juga dengan ilmu”.


Kesimpulan yang dapat saya disimpulkan ialah lemahnya umat Islam saat ini berpunca dari kita sendiri.usahlah menunding jari menunjuk ke arah orang lain… masih belum terlewat untuk kita sedar dan bangkit kembali. Sama-samalah berusaha dan berganding bahu ke arah membentuk semula khilafah Islam yang da lama kita nantikan.. ingat “ISLAM TIDAK PERLUKAN KITA TETAPI KITALAH YANG MEMERLUKAN ISLAM!!!” tanpa kita, masih ada lagi yang sanggup berkorban demi Islam tapi tanpa Islam siapakah diri kita??? Tepuk dada tanyalah iman… as a student, saya juga Insya’Allah akan cuba yang terbaik..hari ini lebih baik dari semalam.=)

Ikhlas ker??

“Erm, esok befday Syerah..apa yang aku nak bagi ek?? Mesti yang special sket.Hargapun mestilah yang up-up sket.baru dia tahu aku memang hargai dia as a bestfriend..hehe!!”Mila bercakap sorang-sorang.. Fuh, nasib tak de orang tengok. Kalau tak malu eden…biasa r kat lab computer, semua khusuk “ mentelaah” fs,email n dot dot..

Tapi, time befday aku hari tu, dia wish jer.Tu pun lambat satu hari..Ade ker patut?? Nak bagi ker tak hadiah ni.. Cam malas r plak.Bukannya dia bagi hadiah pun kat aku dulu..Mila sambung kembali dialog sorang-sorangnya..Tetibe jer, matanya menangkap satu laman web..ehem, saifulislam.com.. Laman web aper plak ni?? Layan jer lah..tak rugi pun..Mila tersenyum kecil.”erti hidup ialah memberi”, tagline laman web ni ker.. em, erti hidup ialah memberi..Dalam dan mendalam lagi maknanya tu..

Tanpa dia sedar gelagatnya yang agak “pelik” dari tadi ada orang tengok.“Wei, Mila awat hang tetibe jer sengeh ni.cam kerang yang dah berulat pun ada. Da r tadi cakap sorang-sorang.confius aku..Hang ni betoi ker tak ni??”Sergahan Siti membuatkan Mila terkaget sekejap..Apelah Siti ni kacau daun tol. Rungut Mila dalam hati..Segera muncung ditarik sedepa tanda protes..“Aku waras dan merangkap betul lagi r..ish!!mulut tu tak de insurans langsung..Bukannya nak bagi salam dulu..“

Mila teruskan pembacaannya yang tertangguh sekejap tadi..Erti hidup ialah memberi, kalau apa yang kita lakukan ada orang yang hargai, bersyukurlah padaNya tapi jika apa yang kita dah lakukan tak dibalas redhalah pada ketentuanNya..kerana kita hidup ialah untuk memberi, jangan terlalu mengharapkan pembalasan dari orang yang diberi..Mata mila membaca satu persatu ayat yang tercatat kat laman web ni.. Baru tadi dia berungut tentang hadiah befday kawan baiknya. Apa salahnya dia bagik hadiah kan??Tapi, dia ikhlas tak ni??

********************************************************************

Assalamualaikum, hari ni ana akan bercakap berkenaan dengan ikhlas dan amal. Kalau sebelum ni ana hanya memperincikan konsep ikhlas, Insya’ Allah hari ini ana cube relatekan ikhlas dengan amal kerana setiap amal yang kita lakukan tak akan diterima oleh Allah kalau kita tak ikhlas melakukannya..ana merujuk pada hadis 1 iaitu hadis berkaitan dengan niat

.maksudnya:Dari Amir al- Mukminin Abu Hafs ‘ Umar al-Khatab, katanya : aku mendengar Rasulullah bersabda : Hanya segala amal dengan niat dan hanya bagi tiap-tiap seorang apa yang dia niatkan. Maka barang siapa hijrahnya kerana Allah dan RasulNya , maka hijrahnya kepada Allah dan RasulNya. Dan barangsiapa hijrahnya bagi dunia yang ia akan perolehinya atau perempuan yang ia ingin mengahwininya, maka hijrahnya kepada apa yang berhijrah kepadanya..

Rasulullah di awal hadis ini telah menyatakan ” hanya segala amal adalah dengan niat”.. hal ini menjelaskan bahawa niat adalah perintis bagi mencetuskan amal. Sesuatu amal yang diterima apabila dilakukan semata-mata kerana Allah bukan kerana sebab-sebab lain..inilah yang dikatakan sebagai ikhlas seperti yang diperintahkan oleh Allah dengan firmannya :
وما اميروا الا
ليعبدوا الله مخلصين له الدين حنفاء ويقيموا الصلاة ويؤتوا الزكاة وذلك دين القيمة“

Dan tidak diperintahkan mereka melainkan supaya menyembah Allah dengan mengikhlaskan agama keranaNya, dengan menjauhi kesesatan , dan supaya mereka mendirikan solat dan memberi zakat, kerana yang demikian itulah agama yang lurus.”(Surah al-Bayyinah : 5 )Jelaslah disini bahawa suatu amalan itu hanya dianggap sah atau sempurna kalau diwujudkan dengan niat atau qasad ( tujuan hati) yang bermatlamatkan dan bertujuan kerana Allah (ikhlas)

Amal yang diniatkan untuk dilakukan terbahagi pula kepada dua bahagian i.e amal yang dilakukan dengan ikhlas dan amal yang dilakukan dengan tidak ikhlas..kedua-dua amal ini pada zahirnya nampak serupa tetapi jika ditelusi dengan mata hati terdapat perbezaan secara batiniyyah kerana berlainan niat dan qasadnya..

Amal yang ikhlas ialah amal yang bertunjangkan kepada niat yang baik dan ikhlas kerana Allah.Berkaitan dengan amal yang ikhlas ini, Imam Nawawi telah berkata bahawa iman yang ikhlas ini dapat dikategorikan kepada 3 bahagian.

Bahagian pertama ialah amal yang dilakukan kerana takut pada Allah. Amal ini dinamakan sebagai ”ibadat hamba” Bahagian kedua ialah amal yang dilakukan kerana mendapat syurga dan pahala. Amal ini dinamakan sebagai ” ibadat saudagar” dan bahagian yang terakhir ialah amal yang dilakukan kerana malu kepada Allah dan dilaksanakan hak kehambaan dan membuktikan kesyukuran serta merasakan diri masih dalam kecuaian dan kebimbangan yang penuh ketakutan kerana tak tahu adakah amalannya diterima atau tidak.


Amalan ini dinamakan sebagai ” ibadat yang merdeka.Kesimpulan yang dapat ana simpulkan disini ialah amal yang ikhlas ialah amal yang diqasadkan kepada Allah tidak kepada yang lainnya.Erm sebelum ana tangguhkan majlis ilmu kita malam ni, ada apa-apa soalan?? Lau ana leh jawab Insya’ Allah ana akan cuber jelaskan tapi lau ana juga kurang mafhum, ana rujuk balik kat orang yang lebih ’alim..La yujad as-soal?? Insya’ Allah minggu depan ana akan bercakap mengenai riya’ yang merupakan seteru bagi
ikhlas.

**********************************************************************************

Ceramah yang diberikan oleh Ustaz Saiful sedikit sebanyak memberi kesan dihati Mila...ikhlas dan amal...erti hidup ialah memberi.. dua jumlah yang berbeza tapi membawa maksud yang hampir sama bagi Mila..iaitu jangan mengharapkan balasan atas setiap apa yang dilakukan dan niat tu mestilah betul kerana Allah..

”Syerah, maafkan aku.. kenapalah kalbuku ni asyik jer fikir yang bukan-bukan.. ukuran persahabatab bukannya diukur dengan berapa harga hadiah yang diberi tapi nilaiannya ialah pada keikhlasan dihati...”Mila mencoretkan sedikit coretan dalam diarinya :Amal itu ibarat susu sebelanga, manakala riya’ umpama nila setitik..jika tumpahnya nila hatta setitik nescaya rosaklah susu, rosaklah amal...dan ikhlas itu umpama penutup yang dapat melindungi susu daripada tumpahnya nila..yang melindungi amal yang dilakukan...wassalam...

Hikmah ujian

Fikiran Nadirah menerawang jauh. Bayangan keluarganya tergambar diruang matanya. Saat yang mustahil dapat dilupa olehnya. Saat yang membahagiakan malah setiap kali saat itu terlayar di depan matanya, bibir Nadirah tidak henti-henti berdoa supaya saat sebegitu akan kembali berulang sekaligus mengusir pergi lara yang semakin menghimpit diri saat ini…

“ Abah, bila abah nak berubah?? Irah rindukan abah yang dulu.. abah yang penyayang, abah yang sangat-sangat Irah sayangi… tapi, kemana abah menghilang?? Abah yang ada sekarang bukan abah yang dulu lagi..seolah-olah dua insan yang sama nama dan rupa tapi sangat berlainan sikap dan tingkah-laku”Suara hati Nadirah menjerit dan merintih pedih

… tingkah abah jauh berubah bila dibuang kerja ekoran kegawatan ekonomi . Malahan sangat berubah…dia teringat “permintaan” abah semasa pulang bercuti sempena hari raya baru-baru ini… “permintaan “ yang sangat –sangat tak terduga olehnya malah tika Nadirah mendengar kata-kata itu dibicarakan oleh abah dia tak percaya!!! Dia langsung tak percaya!!! Berkali-kali dia mencubit tangannya dan berharap apa yang baru didengarnya tadi hanya satu mimpi yang akan berlalu pergi akhinya. Tapi, dia silap. Dia bukannya berada di alam fantasi mahupun mimpi tika itu.

“ Irah, abah nak Irah ikut Uncle Sum malam ni… abah banyak berhutang dengan dia dan dia sukakan Irah..jangan cuba lawan cakap abah.”Terduduk Irah saat itu juga… tanpa sedar laju air matanya mengalir jatuh tanpa sempat disekat olehnya… mana mungkin Irah setuju dengan “permintaan “ abahnya. Tidak sama-sekali!!!! Pegangan agama walau tak sekuat mana yang masih ada dalam dirinya memustahilkan Nadirah mengikut sahaja kata-kata abah tanpa membuat pertimbangan akal dan iman…

Dia cuba merayu dan kesannya petang itu juga dia dihalau keluar dari rumah oleh abah walaupun hari raya cuma tinggal beberapa hari saja lagi. Pilu dihati hanya Allah sahaja yang tahu. Lelehan air matanya tak dapat ditahan walau dirinya menjadi tumpuan ramai ketika kakinya melangkah masuk ke stesen bas. Hatinya rawan tatkala mendengar takbir raya namun langkahan kakinya tetap diteruskan sebelum Nadirah duduk di bangku stesen bas tersebut. Dia beraya keseorangan tanpa ditemani keluarga seperti sebelumnya. Dia beraya keseorangan di stesen bus…

“ Irah, Irah tak apa-apa??” sentuhan lembut Aqilah yang memegang bahunya membangkitkan Nadirah dari ingatan masa lalunya… cepat-cepat air mata yang masih tersisa dipipi dan tubir matanya diseka dengan lengan baju kurungnya cuba untuk menyembunyikan perasaannya yang tak menentu tika itu…

“Insya’Allah Irah tak apa-apa… Cuma Irah teringatkan keluarga Irah.” Sahut Nadirah dengan nada suara yang perlahan. Sesungguhnya dia terasa malu dengan Aqilah yang telah banyak membantunya sejak awal perkenalan mereka dan Aqilah juga membantunya melangsaikan hutang abah dengan Uncle Sum… bukan setakat itu sahaja, kesudian Aqilah mendengar luahan hatinya dan menjadi temannya benar-benar menyentuh hatinya…

“selemah-lemah ukhwah ialah melebihkan sahabat lebih dari diri sendiri” kata-kata yang acap kali disebut oleh Aqilah sekiranya Nadirah meluahkan perasaan segannya pada Aqilah.“Irah, abah Irah masih marah ker?? Irahkan da langsaikan hutang-hutang tu.. abah Irah tak bagi Irah balik rumah lagi??Pertanyaan Aqilah sedikit sebanyak membuatkan Nadirah sebak… perlahan-lahan dia menggelengkan kepala dengan wajah yang sedih… Aqilah menarik Nadirah kedalam pelukannya dan memintanya bersabar…

“ sabar itu indah Irah, andai segalanya kerana Allah… Kekuatan itu lahir dari keazaman dan keazaman itu hanya dapat diraih jika kita menjaga hubungan kita dengan Allah…” Aqilah membisikkan kata-kata ini kepada Nadirah.“ erm, Insya’Allah Ila… selagi kita merasa lemah dihadapan Allah, Dia akan memberikan kita kekuatan untuk berhadapan dengan manusia…

Mungkin ada hikmah yang belum dapat Irah temui dan terokai dari semua “tarbiyyah Allah” ini… balas Nadirah sambil bibirnya tersenyum hambar.

Bagai sudah jatuh ditimpa tangga, Nadirah terkejut tatkala mendapat berita adik bongsunya terjatuh dari beranda rumahnya… Ya Allah!!!! Rumahnya ditingkat 4!!! Berita itu diketahuinya melalui Aiman,adiknya. Perasaannya kembali berombak apabila Aiman memberitahu keadaan adik bongsunya masih lagi kritikal dan ditempatkan di ICU dan getaran hatinya lagi hebat tatkala diberitakan abah menghalangnya dari menziarahi adik bongsunya di hospital.

“ abah, Irah nak tengok adik… Irah nak jumpa Umi… Irah nak sangat-sangat abah yang dulu. Irah rindukan keluarga kita yang dulu.” Kata-kata itu hanya mampu bergema di kerongkongnya sahaja. Tak mampu diluah ke alam nyata.. dia tak berdaya melafazkannya pada abah… Dia tak berupaya lagi.Dia hanya mampu berdoa supaya Allah memberikan abah hidayah…

“Allah tidak menjadikan sesuatu itu dengan sia-sia… setiap yang berlaku pasti ada sebab dan hikmah yang tersembunyi disebaliknya walau ianya amat pahit untuk ditelan pada permulaanya.. kematian adik benar-benar menguji imannya.Namun, sebagai seorang muslimah, dia redho dan menerima ketentuan ini dengan berlapang dada…

Nikmat itu lagi indah dirasai andai jalan untuk mendapatkannya penuh berliku…Nadirah terus sujud tanda syukur yang teramat sangat bila diberitakan Aiman abah telah kembali kepada fitrah… air matanya berlinangan di pipi tanda kegembiraan… kematian adik benar-benar menginsafkan abah bahawa tiada jaminan kita akan hidup pada esok hari dan dapat bertaubat dahulu sebelum menutup mata… “ orang yang paling bijak dan pintar dikalangan kamu ialah orang yang sentiasa mengingati mati dan sentiasa bersedia untuk menghadapinya” ~maksud hadis~