Jul 27, 2009

Doa,….online??

Hampir semua individu masa kini online setiap hari. Dalam zaman global ini, internet, emel, ruang sembang seperti YM, social network seperti Friendster, Facebook, Tagged dan sebagainya adalah medium perantara yang sinonim dengan masyarakat untuk berkomunikasi secara langsung. Tidak kira dimana sahaja kita berada, online sentiasa berlaku tanpa mengira sempadan masa dan geografi.

Namun, kita lupa jaringan dengan makhluk sedikit sebanyak telah memesongkan hati kita daripada mencipta jaringan langsung yang lebih hebat dengan Super Kuasa. Kita juga sering merasa kagum dengan ciptaan manusia yang mencipta pelbagai alat teknologi yang makin pesat maju kehadapan daripada memikirkan ciptaan Allah yang lagi HEBAT dan mengagumkan… kita lupa dan mungkin buat-buat lupa bahawa hubungan antara makhluk dengan Khaliq jauh lebih hebat dan merentasi teknologi online yang ada pada hari ini… apakah dia mediumnya??

Jawapannya adalah solat dan doa yang merupakan alat komunikasi online dengan Ar-Rahman, jauh meninggalkan teknologi broadband kebelakang. Malah, insani tidak perlu gusar untuk membayar bil untuk beronline dengan Ar-Rahman dan tidak memerlukan modem dan router yang bertindak sebagai pemangkin online dalam teknologi manusia. Hanya dengan menunaikan solat dan berdoa kepada Yang Maha Esa dimana sahaja di bumiNya ini tanpa mengira koordinat dan range streamix yang diguna, kita telah mampu berhubung dengan Allah secara terus. Tanpa perantaraan internet ciptaan manusia. Tanpa dikenakan sekatan.(URL block)

Semasa kita berdoa, kita merintih…. Kita meminta… kita mengharap keampunan Allah. Dan Dia Maha Mendengar … walau sebanyak electron dalam arus elektrik sekalipun, malah lebih banyak dari itu kita berdoa Ar- Rahman tetap mendengar doa dan pengharapan kita. Tanpa jemu hatta sehingga kita yang rasa jemu untuk berdoa, sehingga tibanya masa nyawa yang dipinjamkan olehNya pada kita diambil kembali. Kita sangat-sangat memerlukan doa bagi didengarkan rintihan, pengharapan dan keluhan kita saban hari lebih dari keperluan kita pada online ciptaan makhluk.

Nabi Muhammad menyatakan bahawa doa adalah senjata orang beriman. Doa merupakan senjata yang unik.Senjata yang bukan sahaja digunakan untuk menyerang musuh tradisi kita, namun senjata yang dapat memberi kekuatan, ketenteraman dan keyakinan kepada tuan punya senjata. Umpama antivirus yang melindungi note book daripada ancaman virus-virus yang boleh merosakkan. Membuatkan hati si pemilik note book rasa tenang dan selamat dari virus-virus namun begitu antivirus yang diguna mesti diupdate sentiasa. Begitu juga dengan kita, sentiasa dan sentiasa berdoa tanpa jemu.

Jul 7, 2009

".............jika kita?"

Assalamualaikum, semua...=)

dalam meniti kehidupan seharian, kadang-kala kita tak dapat menolak andaian bahawa sesekali langkahan kaki pasti tersadung dimana-mana. natijahnya, kita akan jatuh terduduk. sakitnya amat parah. walau tidak meninggalkan sebarang luka namun lebamnya tetap ada... begitu juga dengan kita. acap kali kita mendengar, malah mungkin pernah mengalaminya...


ada kalanya kita terjatuh, sebab kita yang mahukannya berlaku. kita sudah sedia nampak dihadapan kita bangku yang besar tapi tetap mahu melanggarnya... walhal kita dapat mengelak dengan hikmah.. apa yang saya nak katakan disini ialah bukan dengan masalah yang kita sedang berdepan tapi dengan diri sendiri. konflik dalaman yang sentiasa berlaku. antara nafsu dan iman. sentiasa ada perhitungan...

"erti hidup ialah memberi"... kata-kata yang dicetuskan oleh ustaz Hasrizal ni banyak maknanya... yang baru saya dapat memahaminya sedikit. memang benar, sebagai manusia kita takkan lepas dari tabiat sukakan balasan. tu memang sifat semulajadi insani namun kita seharusnya berpada-pada. setiap apa yang kita lakukan jangan terlalu harapkan pembalasan. kata-kata ini eloklah difahami secara fizikal dan empirikal.

misalnya, kita selalu mengharapkan layanan yang mesra dari seseorang sebanding dengan layanan kita terhadapnya. harapan yang sedikit menggunung itu lama-kelamaan bisa merosakkan diri kita. hati kita...jika layanan yang diharapkan tidak kesampaian... natijahnya, kita akan rasa down dan kecewa. oleh itu, sebaiknya kita cuba memujuk diri kita andai situasi ini sedang menghantui kita bahawa "erti hidup ialah memberi"... dan juga kita nasihatkan diri, yang kudambakan adalah layanan dan pandangan Ilahi bukannya insani...

"cuba pandang seseorang itu pada kebaikannya walau kita jangka susah dicari namun kebaikan itu tetap ada pada setiap manusia yang mempunya hati"... sedikit sebanyak kita dapat menghindari penyakit suka bersangka negatif terhadap teman sendiri. andai ianya tetap bertiup ke hati kita, banyakkan berdoa kerana kita tahu hanya Allah yang dapat mengikat hati hamba-hambaNya........................
::hari ini lebih baik dari semalam :)

Jul 2, 2009

'jika inginkan perubahan, jangan takut untuk membuat pembaharuan"

Assalamualaikum buat semua sahabat se"alam maya".... sudah sekian lama jemari ini tidak bermesra dengan keyboard untuk meneruskan kalam di blog yang tak seberapa ini. setelah diri ini mengalami beberapa cetusan dan percambahan idea baru dari teman sekeliling, akhirnya terhasil juga lembaran kata ini..
 

read more...=)