Jun 16, 2010

mana satu pilihan hati???

Assalamualaikum semua=)
sedar tak sedar dalam putaran waktu yang setia berjalan tanpa jemu, garisan berhenti kian melambai-lambaikan talinya.. serentak itu, otak berfikir, hati menganalisa... adakah jawapan kepada kebuntuan tu sudah ketemu??
nampaknya, jawapan yang dicari makin samar-samar dan mengkabur... salah siapa?? diri sendiri sebab tidak beri tumpuan???



argh!!!! tidak!!! sudah diaju pada yang lebih faqih.. namun jawapannya.." pilihan itu ada pada empunya diri.. kerana kelak, yang akan meneruskannya adalah kamu.. buatlah pilihan yang sewajarnya berdasarkan keyakinan dan kemampuan diri.. kamu masih ada waktu untuk analisa....." bibir hanya mampu ditutup rapat. masih keliru..



erm, garisan akhir makin mendekat. walau pada hakikinya detik takkan menoleh kebelakang.. yang mampu belajar dari tinggalan waktu adalah kita... jika kita mahu bagi mengelak kepahitan sama berulang....

mana satu pilihan hati? semuanya terletak pada diri.. di pertengahan menuju garis-garis waktu yang kian meruncing,  jawapan sudah kuketemu. pasti..jitu..guna php je r. java rumit sket...=)