Mar 30, 2009

"Final exam"

Assalamualaikum, sahabat2 semua..

sempena menjelangnya "hari-hari" getir yang akan kita semua lalui nanti iaitu final exam, saya ingin melontarkan bait kata bagi memotivasikan diri sendiri dan juga sahabiah sekalian...=)

memang saya tak dapat nak nafikan jadual exam tahun ni yang paling mencabar bagi saya, kerana terlalu padat. kadang-kala datang satu perasaan putus asa dalam diri saya untuk study. tapi, alhamduliLLAH perasaan itu dapat saya atasi.

"sifat mudah putus asa itu bukanlah sifat orang mu'min, neza" nasihat seorang sahabat tatkala perasaan itu dapat ditafsir olehnya... mungkin dari segi persiapan terlalu ala kadar yang "disiapkan" bagi menempuh alam exam yang akan berlangsung tak sampai 2 minggu saja lagi...

"selepas solat subuh, ambil masa 5 minit untuk bermuhasabah dan cakap pada diri : apa yang aku lakukan hari ini adalah keranaMU YA ALLAH, Insya' Allah setiap kerja yang kita lakukan sepanjang hari diberkati Allah.. " nasihat seorang penceramah bebas.

Ya!! memang betul. setiap hari kita telah berikrar sebanyak 5 kali dalam solat kita " sesungguhnya solatku, amalanku, hidupku dan matiku hanya kerana-MU YA ALLAH..."

sekiranya datang perasaan malas untuk mengulangkaji, nasihatkanlah pada diri bahawa ilmu yang kita pelajari ini dapat membantu kita di alam kubur kelak seperti mana hadis RasuluLLAH
"3 perkara @ amalan yang dapat membantu kita di alam kubur ialah anak yang soleh ( yang sentiasa mendoakannya), harta yang disedahkankan dan ilmu yang bermanfaat."

tatkala saya menyusuri lembaran tokoh-tokoh islam seperti As-syahid Hassan al- Banna, As-syahid Sayyid al-Qutb etc, rata-ratanya semua tokoh-tokoh ini adalah golongan yang berilmu pengetahuan yang tinggi. ada yang bergelar doktor falsafah, professor etc dan sekaligus dapat memberikan kita gambaran bahawa untuk ilmu adalah penting dalam memacu tugas-tugas dakwah Islam.

"jika kamu rasa down, pejamkanlah matamu... bayangkan kamu berada dalam majlis konvo, dihadapanmu kedua ibubapamu yang telah membesarkanmu dari kecil.. apakah yang kamu nak hadiahkan pada mereka pada waktu itu?? fikir- fikirkanlah, neza."

ungkap kata lembut ini pernah diucapkan oleh seorang sahabat saya dulu...

kepada semua sahabat2, saya doakan agar kalian semua dapat apa yang dicitakan, bittaufiq wan najjah =)


Mar 16, 2009

"jangan berlagak"

Assalamualaikum, semua........
kisah yang saya nak kisahkan kat sini sebenarnya berlaku pada diri saya sendiri. tujuan saya nukilkan kat blog ni untuk sama-sama ambil ikhtibar dari apa yang pernah saya alami agar tak buat kesalahan yang sama..huhu!!!!.


erm, nak dijadikan cerita baru-baru ni ada member ajak p masjid. sambil buat kerja sendiri mata saya ni asyik melilau(AstaghfiruLLah- jangan ikut yer, jaga pandangan=) sana sini.sambil-sambil tu sempat juga saya tengok perarakan Maulidur Rasul dan orang kawen. tapi, bukan saya yang kawen,yer.. jangan silap faham..=P

Alhamdulillah, saya dapat balik lebih awal dari member saya... dengan nada yang agak berlagak, saya cakap kat member saya " tengok saya, leh balik awal..hehe!!! awak balik lambat kan,kan?" "Ya Allah, Kau ampunilah dosaku yang ujub+berlagak ni YA Allah"


Allah nak uji dan nak bersihkan balik niat + sikap saya time tu iaitu jangan berlagak walaupun time tu saya cuma berniat nak gurau jer ngan member saya, saya memang kalau bergurau tu bahasa kasaq sket... Allah datangkan ujian kat saya untuk sedarkan saya balik. bila nak balik saya cari sendal saya tapi xjumpa. puas dah cari sekeliling masjid namun masih gagal jumpa. masa tu, barulah saya sedar Allah nak uji dan tarbiayyah saya sebab terlepas cakap sebelum tu....




dengan hanya berselipar
"jepun" saya tetap terus mencari sambil dalam hati saya tak putus-putus berdoa+meminta ampun dari Allah atas kelanjuran kata-kata saya sebelum tu. masa tu saya dapat rasa manisnya ukhwah sebab semua member saya turut sama mencari dan ada yang sanggup keluar ke kedai untuk beli yang baru. memang saya rasa sangat terharu+ tak tahu nak cakap apa lagi tyme tu...



"AlhamduliLLah, akhirnya sendal saya dijumpai juga. moral of this story : jangan berlagak terutamanya di rumah Allah, ukhwah yang terjalin ikhlas kerana Allah itu yang lebih baik, dan akhir sekali sabarlah jika ada ujian dan tarbiyyah yang menimpa sebab mungkin hadirnya ujian atau tarbiyyah itu untuk mensucikan balik niat kita+sedarkan balik apa yang dah kita lakukan..

Mar 11, 2009

Assalamualaikum

Mar 1, 2009

"talk show" sejenak bersama personality



Hari khamis baru-baru ni saya berpeluang ke program “ sejenak bersama personality” walaupun agak banyak juga cabarannnya… erm, cabaran yang saya maksudkan ialah pada keesokannya jam 3 petang saya ada mid – term Software engineering. Saya lom habis study agi =( before that, ada mid term networking and pertandingan pidato (hari selasa). Tapi, alhamduliLLah ALLAH telah dorongkan hati saya untuk pergi ke program tu… sementelah lagi, personality yang dijemput tu memang orang yang saya nak sangat jumpa i.e ustaz Hasrizal. “ erti hidup ialah memberi”

Banyak input yang saya dapat sepanjang “talk show” tersebut disamping dapat melihat ustaz Hasrizal dari dekat.=) Lupa nak bagitahu, program ni sebenarnya anjuran JAKSA JATI sempena minggu integrity yang bertemakan “intergriti luar kampung”. Pelik juga kan bunyinya. Masa mula-mula saya baca kat iklan-iklan saya tergelak kecil.(sebab pelik). Tapi, rupa-rupanya ada makna yang tersendiri. Maksud “intergriti luar kampung” ni ialah sesuatu yang dilakukan diluar kebiasaan kita. Hidup di luar kebiasaan. Teringat kata-kata seorang teman yang bererti jangan lakukan perkara yang sama berulang kali sebab bahaya… amat senang kalau orang da tahu, contohnya tiap-tiap hari rabu kita akan lalu ikut jalan tu so lau ada oraang yang nak wat sesuatu yang jahat kat kita(na’u zubiLLAH) senang jer. Just tunggu kat jalan tu and…………………………………………




“ bertanding dengan diri sendiri”. Satu ungkapan yang agak menarik bagi saya dan makna disebaliknya lagi menarik.=) menurut Ustaz Hasrizal yang menjelaskan maksudnya ialah kita cuba mencabar diri sendiri sejauh mana kita boleh pergi. Mengambil pengalaman dirinya sebagai contoh, Ustaz Hasrizal menceritakan pengalamannya sepanjang belajar di Jordan, then uk before bekerja kat Ireland. Mase tu baru saya tahu rupanya kat Ireland tu ada juga perang saudara. Ceteknya pengetahuan am saya..=( hari ni lebih baik dari semalam..Insya’ALLAh..=) berbalik semula pada cerita ustaz, ustaz telah mencabar dirinya sendiri untuk sambung belajar kat Jordan even masa tu dia baru sahaja kehilangan ayah dan terpaksa tinggalkan ibu yang kurang sihat.( ni pengorbanan yang harus dibayar). After that, ustaz cabar dirinya sendiri dengan sambung belajar kat uk sebab nak lihat macam mana kehidupan dan scenario yang sedang berlaku di Negara- Negara “mat salleh”…



Selepas 11 tahun, ustaz kembali semula ke tanah air dan agak terkejut melihat suasana Negara sendiri. Jika sebelum ni, ustaz telah diperingatkan “culture shock” ( before pergi ke Jordan and uk) tapi ustaz terkena “kejutan budaya “ ketika kakinya sampai ke tanah air sendiri… jadi, fikir-fikirkanlah sahabat…

“aku melihat di barat, orang Islam tanpa muslim tapi apabila aku kembali ke cairo( kaherah), aku melihat muslim tanpa Islam” kata –kata syed abduh selepas kembali semula ke Kaherah selepas dibuang Negara dan merantau ke barat… dan ucapan inilah yang berkisar di fikiran ustaz apabila sampai ke tanah air..

“ barangsiapa yang berkata bahawa manusia itu rosak, aku bimbang orang yang berkata itu akan jadi lagi rosak dari orang yang dikata” ~ hadis Nabi ini menjadi penawar bagi ustaz apabila Ustaz terfikir mahu kembali semula ke Ireland dan mengeluh tatkala melihat gelagat dan kelakuan masyarakat Malaysia yang kadang-kadang lebih “barat” dari orang barat itu sendiri.. banyak contoh yang kita boleh amik samada via drama-drama, filem, majalah-majalah hiburan etc dari segi berpakaian, pergaulan , percakapan etc yang membangkitkan perasaan bimbang dihati kita.tapi , ingat jangan sesekali mengeluh dan berputus asa untuk berusaha memulihkan keadaan. “ sesungguhnya Islam datang dalam keadaan dagang dan kembali dagang, maka beruntunglah orang dagang tersebut”…



Ustaz juga memberikan 4 faktor untuk menjadi mahasiswa/I yang cemerlang i.e ilmu, kemahiran, maklumat dan sikap. Antara keempat-empat ini, yang paling utama ialah sikap. Alasannya ialah, dengan mempunyai sikap yang baik, ketiga-tiga ciri/factor yang lain secara automatic akan dapat dicapai. Kerana orang yang bersikap positif, akan menggunakan ilmu, kemahiran dan maklumat yang dia ada untuk bantu orang lain. Sebagai contoh, kita bersahabat dengan seseorang bukan kerana dia pandai subjek Data structure & algorithm, terer dalam subjek math descript, or subjek software engineering dan bukan juga sebab dia ada kemahiran format laptop, install program or pandai baiki computer tapi kita bersahabat dengan sseseorang tu sebab sikapnya yang menggunakan segala yang dia ada bagi membantu orang lain.dalam bahasa mudahnya, orang yang baik, jujur and tak kedekut ilmu etc..

“ mulakan langkah dengan melihat kesan yang dah ditinggalkan”… ungkapan ni juga telah membuatkan saya tertarik… jika sebelum ni saya sering dimomokkan “ teruskan langkah anda, jangan sesekali pandang kebelakang” tapi kini barulah saya sedar untuk mencapai kejayaan sesekali kita juga perlu melihat kebelakang.. melihat apa yang da kita lakukan dan menilai semula tindakan kita serta cuba mempositifkan mida kita bagi mengelakkan kekhilafan sama yang dilakukan berulang..kecuaian yang serupa akan terulang berulang kali… “ sesungguhnya setiap kejayaan itu bermula dari kegagalan” lirik lagu I wanna be somebody dendangan kumpulan alarm me terngiang-ngiang kat telinga saya.( ni antara lagu fevret saya)



Sebelum ni, acap kali saya mengeluh… “xder orang yang faham saya, xder orang yang take care kat saya , bila saya susah xder yang tolong dan macam-macam lagilah…” tapi, bila ustaz memberitahu “ berusaha untuk faham orang lain sebelum kita nak orang lain faham kita” membuatkan saya terfikir sejenak… selama ni, saya jarang buka hati saya sendiri untuk terima orang, untuk cuba memahami orang di sekeliling saya. Patutlah xder orang yang memahami saya…=( hari ni lebih baik dari semalam…

Kesimpulan yang dapat saya simpulkan disini ialah, untuk berjaya saya mesti cabar diri saya sendiri atau dalam bahasa yang canggih seket “ bertanding dengan diri sendiri”kejayaan sebenarnya berada didepan mata dan samar-samar untuk dimertikan serta sukar dicari tanpa ilmu dan pengalaman. Ia milik orang yang sabar, tekun amanah dan penuh doa setelah bertungkus lumus berusaha dalam mengejar matlamat. Hari ini lebih baik dari semalam.. insya’ALLAH..


Feb 19, 2009

nak boikot...tapi????


sekadar gambar hiasan

Niat dihati nak boikot semua barang-barang Israel tapi apakan daya, saya tak mampu nak menghalang diri ini dari menggunakan barang-barang dan produk-produk Israel. Bukan alasan yang sengaja dicipta bagi menutup kesilapan diri sendiri tapi ini adalah hakikat yang tak mampu diubah dan berubah… selagi mampu saya cuba sedaya –upaya mengelak dari menggunakan barang-barang tersebut yang tak memberi kesan yang besar andai saya tak menggunakannya seperti makan di macD, membeli-belah di Tesco dan sebagainya..

Sebenarnya saya baru tahu bahawa Microsoft word yang selalu digunakan ini pun dicipta oleh orang YAHUDI… malahan boleh dikatakan semua barang-barang dan peralatan computer dicipta oleh orang-orang yahudi. Sem ini, saya belajar subjek teknik pengkomputeran math yang menggunakan software mathematica as a medium pembelajaran cam subjek java & adv java dulu saya guna software netbean.. wolfram i.e “pereka” software mathematica ni juga merupakan orang yahudi. Saya diberitakan oleh Prof.Bachok, lecturer saya yang mengajar bagi subjek ni bahawa Wolfram ni sangat genius dan dia dapat 3 professor dalam bidang yang berlainan ketika umurnya belum lagi menjejak 25 tahun… professor dalam bidang math, comp sn dan satu lagi maaf saya lupa..memang terkejut kami dengar.. bayangkan umur yang begitu muda da dapat 3 prof!!!

 
Sedikit- sebanyak hati saya tersentuh dan insaf.. patutlah umat ISLAM masih lagi dibawah kongkongan mereka. Hal ini, berpunca dari kelemahan kita sendiri dalam semua aspek termasuklah dari segi aspek ilmu, tentera , technology dan sebagainya. Saya juga meneropong situasi yang sedang dan masih lagi berlaku di Negara kita. Semangat untuk membudayakan ilmu sangat kurang diperkatakan dan sangat-sangat dipandang enteng oleh sesetengah pihak..bukan semua tapi kebanyakannya begitu termasuklah diri saya sendiri=( masyarakat melayu yang beragama Islam dinegara kita sedang dibius budaya hiburan yang semakin melampau saban hari. Buktinya jika kita belek akhbar dan berkunjung ke toko-toko buku, bahan apakah yang menguasai pasaran dan mampu menarik pembaca dan pembeli????

Sudah tentu jawapannya ialah bahan bacaan yang berunsurkan hiburan semata. Saya juga kian jemu dan agak meluat untuk menonton TV sebabnya saya dapat melihat sekarang rata-rata produksi berebut-rebut membuat cerita yang berunsurkan tahyul, berebut harta, dendam yang tak sudah dan langsung tak menjana akal masyarakat untuk berfikir dengan lebih kreatif dan matang. Tak kurang juga banyaknya rancangan berbentuk hiburan yang menguasai slot-slot TV. Apa yang dapat saya perhatikan sekarang, setiap stesen TV mempunyai at least 1 program berbentuk hiburan. Memang agak dahsyat “Negara Islam Malaysia” ni kan???Seriously, saya juga selalu compare cerita-cerita yang dihasilkan di Negara kita dengan cerita-cerita yang datang dari Jepun. Sangat – sangat contra.. dari situ, kita da boleh agak bagaimana cara masyarakat kita berfikir dan sejauh mana kemampuan kita untuk mencipta sesuatu yang baru..


Jika kita menyusuri sejarah, memang tidak dapat dinafikan umat Islam yang mempelopori ilmu.. sedikit- sebanyak kita akan cakap balik: “ alah, aper nak kisah sangat. Semua ilmu-ilmu tu asalnya orang Islam dulu jugak yang jumpe. Diorang tu Cuma tiru jer” . memang tak dapat dinafikan kebanyakan ilmu tu datangnya dari orang Islam tapi aper gunanya jika kita hanya berbangga dengan sejarah tanpa berniat nak mengambilnya semula dari genggaman orang yahudi???


Kat bawah ni saya senaraikan maklumat saya terima via msj friendster dari seorang teman:

Populasi Yahudi Di Seluruh Dunia

• 7 juta di Amerika
• 5 juta di Asia
• 2 juta di eropah
• 0.1 juta di Afrika
Keseluruhan = 14.1 juta

Populasi Muslim Di Seluruh Dunia

• 1,000 juta di Asia
• 400 juta di Afrika
• 44 juta di Eropah
• 6 juta di Amerika
Keseluruhan = 1,500 juta
• Setiap 5 populasi manusia di muka bumi bermakna terdapat seorang Muslim (20%)
• Setiap orang Hindu Terdapat dua Muslim (1:2)
• Setiap orang Buddha
Terdapat dua Muslim (1:2)
• Setiap orang Yahudi
Terdapat 107 Muslim (1:107)
TETAPI, 14 Juta Yahudi lebih berkuasa daripada keseluruhan 1,500 juta Muslim!!!!!

Sejarah Pendatang Yahudi
• Albert Einstein - Yahudi
• Sigmund Freud - Yahudi
• Karl Marx - Yahudi
• Paul Samuelson - Yahudi
• Milton Friedman - YahudiPenemuan Perubatan
• Vaccinating Needle - Benjamin Ruben - Yahudi
• Polio Vaccine - Jonas Salk - Yahudi
• Leukaemeia Drug - Gertrude elion - Yahudi
• Hepatitis B - Baruch Blumberg - Yahudi
• Syphilis Drug - Paul Ehrlich - Yahudi
• Neuro Muscular - Elie Metchnikoff - Yahudi
• Endocrinology - Andrew Schally - Yahudi
• Cognitive Therapy - Aaron Beck - Yahudi
• Contraceptive Pill - Gregory Pincus - Yahudi
• Understanding Of Human eye - G. Wald - Yahudi
• Embryology - Stanley Cohen - Yahudi
• Kidney Dialysis - Wilem Kloffcame - Yahudi

Pemenang Hadiah Nobel

Sejak 105 tahun lepas, 14 juta Yahudi telah memenangi 180 hadiah Nobel manakala 1,500 juta Muslim hanya menang 3 Anugerah Nobel yang kesemuanya warga Mesir.

Inovasi Yang Mengubah Sejarah
• Micro-Processing Chip - Stanley Mezor - Yahudi
• Nuclear Chain Reactor - Leo Sziland - Yahudi
• Optical Fibre Cable - Peter Schultz - Yahudi
• Traffic Lights - Charles Adler - Yahudi
• Stainless Steel - Benno Strauss - Yahudi
• Sound Movies - Isador Kisee - Yahudi
• Telephone Microphone - Emile Berliner - Yahudi
• Video Tape Recorder - Charles Ginsburg - YahudiBisnes Global Berpengaruh
• Polo - Ralph Lauren - Yahudi
• Coca Cola - Yahudi• Levi’s Jeans - Levi Strauss - Yahudi
• Starbuck’s - Howard Schultz - Yahudi
• Google - Sergey Brin - Yahudi
• Dell Computers - Michael Dell - Yahudi
• Oracle - Larry Ellison - Yahudi
• DKNY - Donna Karan - Yahudi
• Baskin & Robbins - Irv Robbins - Yahudi
• Dunkin Donuts - Bill Rosenberg - YahudiAhli Politik / Intelek Berpengaruh
• Henry Kissinger -US Sec of State - Yahudi
• Richard Levin - President Of Yale University - Yahudi

So, aper pandangan kita? Sudah terang lagi bersuluh… sudah tiada jalan lain untuk umat Islam bangkit selain daripada kembali kepada fitrah dan membudayakan ilmu. Satu hadis

“ jika kamu mahu berjaya di dunia ialah dengan menguasai ilmu, jika kamu mahukan kejayaan di akhirat juga dengan ilmu dan jika kamu mahu berjaya dunia dan akhirat juga dengan ilmu”.


Kesimpulan yang dapat saya disimpulkan ialah lemahnya umat Islam saat ini berpunca dari kita sendiri.usahlah menunding jari menunjuk ke arah orang lain… masih belum terlewat untuk kita sedar dan bangkit kembali. Sama-samalah berusaha dan berganding bahu ke arah membentuk semula khilafah Islam yang da lama kita nantikan.. ingat “ISLAM TIDAK PERLUKAN KITA TETAPI KITALAH YANG MEMERLUKAN ISLAM!!!” tanpa kita, masih ada lagi yang sanggup berkorban demi Islam tapi tanpa Islam siapakah diri kita??? Tepuk dada tanyalah iman… as a student, saya juga Insya’Allah akan cuba yang terbaik..hari ini lebih baik dari semalam.=)

Ikhlas ker??

“Erm, esok befday Syerah..apa yang aku nak bagi ek?? Mesti yang special sket.Hargapun mestilah yang up-up sket.baru dia tahu aku memang hargai dia as a bestfriend..hehe!!”Mila bercakap sorang-sorang.. Fuh, nasib tak de orang tengok. Kalau tak malu eden…biasa r kat lab computer, semua khusuk “ mentelaah” fs,email n dot dot..

Tapi, time befday aku hari tu, dia wish jer.Tu pun lambat satu hari..Ade ker patut?? Nak bagi ker tak hadiah ni.. Cam malas r plak.Bukannya dia bagi hadiah pun kat aku dulu..Mila sambung kembali dialog sorang-sorangnya..Tetibe jer, matanya menangkap satu laman web..ehem, saifulislam.com.. Laman web aper plak ni?? Layan jer lah..tak rugi pun..Mila tersenyum kecil.”erti hidup ialah memberi”, tagline laman web ni ker.. em, erti hidup ialah memberi..Dalam dan mendalam lagi maknanya tu..

Tanpa dia sedar gelagatnya yang agak “pelik” dari tadi ada orang tengok.“Wei, Mila awat hang tetibe jer sengeh ni.cam kerang yang dah berulat pun ada. Da r tadi cakap sorang-sorang.confius aku..Hang ni betoi ker tak ni??”Sergahan Siti membuatkan Mila terkaget sekejap..Apelah Siti ni kacau daun tol. Rungut Mila dalam hati..Segera muncung ditarik sedepa tanda protes..“Aku waras dan merangkap betul lagi r..ish!!mulut tu tak de insurans langsung..Bukannya nak bagi salam dulu..“

Mila teruskan pembacaannya yang tertangguh sekejap tadi..Erti hidup ialah memberi, kalau apa yang kita lakukan ada orang yang hargai, bersyukurlah padaNya tapi jika apa yang kita dah lakukan tak dibalas redhalah pada ketentuanNya..kerana kita hidup ialah untuk memberi, jangan terlalu mengharapkan pembalasan dari orang yang diberi..Mata mila membaca satu persatu ayat yang tercatat kat laman web ni.. Baru tadi dia berungut tentang hadiah befday kawan baiknya. Apa salahnya dia bagik hadiah kan??Tapi, dia ikhlas tak ni??

********************************************************************

Assalamualaikum, hari ni ana akan bercakap berkenaan dengan ikhlas dan amal. Kalau sebelum ni ana hanya memperincikan konsep ikhlas, Insya’ Allah hari ini ana cube relatekan ikhlas dengan amal kerana setiap amal yang kita lakukan tak akan diterima oleh Allah kalau kita tak ikhlas melakukannya..ana merujuk pada hadis 1 iaitu hadis berkaitan dengan niat

.maksudnya:Dari Amir al- Mukminin Abu Hafs ‘ Umar al-Khatab, katanya : aku mendengar Rasulullah bersabda : Hanya segala amal dengan niat dan hanya bagi tiap-tiap seorang apa yang dia niatkan. Maka barang siapa hijrahnya kerana Allah dan RasulNya , maka hijrahnya kepada Allah dan RasulNya. Dan barangsiapa hijrahnya bagi dunia yang ia akan perolehinya atau perempuan yang ia ingin mengahwininya, maka hijrahnya kepada apa yang berhijrah kepadanya..

Rasulullah di awal hadis ini telah menyatakan ” hanya segala amal adalah dengan niat”.. hal ini menjelaskan bahawa niat adalah perintis bagi mencetuskan amal. Sesuatu amal yang diterima apabila dilakukan semata-mata kerana Allah bukan kerana sebab-sebab lain..inilah yang dikatakan sebagai ikhlas seperti yang diperintahkan oleh Allah dengan firmannya :
وما اميروا الا
ليعبدوا الله مخلصين له الدين حنفاء ويقيموا الصلاة ويؤتوا الزكاة وذلك دين القيمة“

Dan tidak diperintahkan mereka melainkan supaya menyembah Allah dengan mengikhlaskan agama keranaNya, dengan menjauhi kesesatan , dan supaya mereka mendirikan solat dan memberi zakat, kerana yang demikian itulah agama yang lurus.”(Surah al-Bayyinah : 5 )Jelaslah disini bahawa suatu amalan itu hanya dianggap sah atau sempurna kalau diwujudkan dengan niat atau qasad ( tujuan hati) yang bermatlamatkan dan bertujuan kerana Allah (ikhlas)

Amal yang diniatkan untuk dilakukan terbahagi pula kepada dua bahagian i.e amal yang dilakukan dengan ikhlas dan amal yang dilakukan dengan tidak ikhlas..kedua-dua amal ini pada zahirnya nampak serupa tetapi jika ditelusi dengan mata hati terdapat perbezaan secara batiniyyah kerana berlainan niat dan qasadnya..

Amal yang ikhlas ialah amal yang bertunjangkan kepada niat yang baik dan ikhlas kerana Allah.Berkaitan dengan amal yang ikhlas ini, Imam Nawawi telah berkata bahawa iman yang ikhlas ini dapat dikategorikan kepada 3 bahagian.

Bahagian pertama ialah amal yang dilakukan kerana takut pada Allah. Amal ini dinamakan sebagai ”ibadat hamba” Bahagian kedua ialah amal yang dilakukan kerana mendapat syurga dan pahala. Amal ini dinamakan sebagai ” ibadat saudagar” dan bahagian yang terakhir ialah amal yang dilakukan kerana malu kepada Allah dan dilaksanakan hak kehambaan dan membuktikan kesyukuran serta merasakan diri masih dalam kecuaian dan kebimbangan yang penuh ketakutan kerana tak tahu adakah amalannya diterima atau tidak.


Amalan ini dinamakan sebagai ” ibadat yang merdeka.Kesimpulan yang dapat ana simpulkan disini ialah amal yang ikhlas ialah amal yang diqasadkan kepada Allah tidak kepada yang lainnya.Erm sebelum ana tangguhkan majlis ilmu kita malam ni, ada apa-apa soalan?? Lau ana leh jawab Insya’ Allah ana akan cuber jelaskan tapi lau ana juga kurang mafhum, ana rujuk balik kat orang yang lebih ’alim..La yujad as-soal?? Insya’ Allah minggu depan ana akan bercakap mengenai riya’ yang merupakan seteru bagi
ikhlas.

**********************************************************************************

Ceramah yang diberikan oleh Ustaz Saiful sedikit sebanyak memberi kesan dihati Mila...ikhlas dan amal...erti hidup ialah memberi.. dua jumlah yang berbeza tapi membawa maksud yang hampir sama bagi Mila..iaitu jangan mengharapkan balasan atas setiap apa yang dilakukan dan niat tu mestilah betul kerana Allah..

”Syerah, maafkan aku.. kenapalah kalbuku ni asyik jer fikir yang bukan-bukan.. ukuran persahabatab bukannya diukur dengan berapa harga hadiah yang diberi tapi nilaiannya ialah pada keikhlasan dihati...”Mila mencoretkan sedikit coretan dalam diarinya :Amal itu ibarat susu sebelanga, manakala riya’ umpama nila setitik..jika tumpahnya nila hatta setitik nescaya rosaklah susu, rosaklah amal...dan ikhlas itu umpama penutup yang dapat melindungi susu daripada tumpahnya nila..yang melindungi amal yang dilakukan...wassalam...