Showing posts with label 1 luv programming :). Show all posts
Showing posts with label 1 luv programming :). Show all posts

Dec 14, 2012

~automatic copy file dan direktori

Assalamualaikun semua..

Post sebelum ni saya ada sentuh sedikit cara nak meng"copy" direktori guna ruby.boleh refer link : kopi-directories-guna-ruby-part-2 semula. leceh kan? sebab setiap kali nak copy file je kita kene buka cmd.exe. kemudian kene taip cd (change directory) lagi. selepas tu terpaksa taip nama fail tu di cmd. memang leceh. :(


so, untuk memudahkan lagi keje kita, kita buat satu lagi script. tapi bukan ruby. bukan juga javascript. tetapi batch script. ikuti langkah - langkah di bawah:

1. untuk post ni, saya gunakan contoh lain plak. ok, sebelum tu, kita buat 2 folder i.e  test1 dan test2

2. dalam folder test2 tu kita buat 1 document file. contoh:  blablabla.txt tujuan kita nak tahu sama ada kita berjaya copy atau tidak..

3. kita buka text editor kita (notepad pun ok) dan taip script seperti di bawah dan save sebagai ujian.rb: boleh refer balik link : kopi-directories-guna-ruby-part-2

scrip yang sama seperti post yang lepas. cuma bezanya ialah saya dah tukar folder yang nak di"copy" dan target folder iaitu folder test1 dan test2.

4. kita buat satu lagi script i.e. batch script. save kan sebagai new 2.bat


call --> sebab kita nak panggil ujian.rb

4. Bila kita save new 3.bat, bentuknya akan jadi seperti dibawah:


5. last step, click je icon tu dan kita akan dapati dalam folder test2 kita dah ter "copy" folder test1... dah jadi. so, selepas ni kalau nak copy folder just click je icon tu. tak payah dah nak buka cmd dan taip macam-macam. senang kan?


selamat mencuba yea :)

Dec 6, 2012

~copy directory guna ruby [part2]

Assalamualaikum semua :)

Post sebelum ni saya tunjukkan cara-cara nak pasang aka install ruby dalam laptop. Jadi, sekarang ni kita buat simple script pula yea.. cara nak buat kopi direktori termasuk file-file didalam direktori tersebut dengan ruby.

1. Buka text editor memasing. tak kisah nak guna apa pun. kalau ada (of course memang ada :) notepad pun dah ok. kemudian taip coding seperti di bawah:



require 'FileUtils' ni memang penting sebab kita nak meng "copy" files dalam direktori ke dalam direktori atau folder yang lain.
pp -> yang ni boleh kalau kita nak guna nama apa-apa pun. saya just letak pp sebab senang nak taip.. hehe
pp = Dir.glob('personel') -> personel ni refer pada folder yang kita nak kopy.
pp = Dir.glob ('personel') - [note: path direktori baru atau target direktori]
contoh: pp = Dir.glob ('personel') - ['c:\path ke direktori\personal^_^']

2. Save kan kepada . rb. sebagai contoh savekan dengan nama new 2.rb (seperti contoh di atas).

3. Untuk execute ni senang je. buka cmd anda. saya cd (change directory ) ke Desktop sebab saya save new 2.rb di desktop. Just taip je ruby namafile.rb. kemudian tekan enter.

4. taara! folder "personel" dah dicopy masuk ke dalam foldel "personal^_^"..

selamat mencuba.. :)

~ copy directory guna ruby[part1]

Assalamualaikum semua :)

Antara kopi dengan permata mana lagi osem? of course permata kan? especially permata "ruby" yang sangat bernilai dan........ jeng2, best.. ^_^

Setelah agak lama tinggalkan ruby language (agak-agak dah hampir setahun kot), tiba-tiba for this week saya rasa terpanggil nak guna balik. so, terhasillah script yang tak berapa nak jadi bawah ni. jom, check it out..

1. untuk menggunakan script ruby ni, macam language lain juga kita mesti install dulu ruby ni.. untuk download dan nak install, boleh klik url ini  download ruby

2. then, silalah install dulu ruby anda.. Dah siap install ke? tunggu dulu.. ada beberapa perkara mesti diselesaikan dulu. tengok gambar di bawah:

sila klik properties.



 3. kemudian, selepas dah klik  properties tu akan keluar pop up seperti dibawah:


sila tengok part "environmental variables". klik lagi di situ. Dan tengok bahagian System variables, cari variable untuk path dan tekan edit. Lihat picture dibawah:



 4. Kita tinggalkan dulu macam tu (step3) Pergi semula ke desktop. Tekan start dan search perkataan "ruby". kemudian, tekan right click pada simbol diamond. pilih menu untuk Properties.

 5.  Last step, copy target (pada Shortcut menu) dan paste kan di Variable value. refer step 3.




okey, baru selesai bahagian pemasangan aka installation. next post baru saya akan tunjukkan ruby scripting yang mudah dan simple. :)


Nov 28, 2012

~jom explore javascript~

Assalamualaikum semua..

bila sebut je javascript atau js mesti ada yang tertanya-tanya termasuklah dengan saya. js ni satu kumpulan dengan encik kopi juga ke? manalah tahu satu golongan sama dengan sturts, j2EE, javabean etc..

kopi sedang berasap~

kumpulan-kumpulan kopi berasap~


Anggapan itu semuanya salah!.. js tiada kaitan langsung dengan java. js adalah applikasi yang simple dan best untuk dipelajari. kita boleh nak masukkan js ke dalam HTML dan juga bahasa lain. best kan? :)
saya pun masih baru lagi nak menterjah js sebenarnya.


so, harini kita tengok yang basic je dulu.. untuk masukkan js dalam bahasa lain, kita mesti gunakan "script" element. contoh:

<script>alert ("hai")</script>

 seperti yang saya da nyatakan di atas, kita boleh masukkan js dalam HTML.

1. pertama sekali buka text editor dulu. tak kisah nak guna apa, saya pun gune notepad ++ je.. kita buat dua file iaitu test.js dan laman.html.... :)
kemudian, tulis   alert ("hai") dalam text editor kita (sama ada notepad etc). save sebagai test.js. boleh tengok gambar di bawah. :)

test.js

2. Kemudian, kita tulis coding untuk HTML (buat simple je, kalau tak nak letak apa2 pun boleh.) yang paling penting dan mesti ada dalam file ni ialah

<html>
<head>
<script src="test.js"></script>
</head>
</html>

laman.html

perhati betul-betul dalam pic laman.html. untuk "menghubungkan" laman.html dengan test.js, kita gunakan coding
<script src="test.js"></script>

3. Last step, tekan je laman.html yang kita dah buat tadi, akan keluar ? jeng2...
inilah keputusannye!..:)
nanti awak boleh edit semula test.js. nak letak nama awak ke, apa ke.. tak kisah...

kalau nak explore lebih lanjut lagi js dan html, boleh pergi ke url dibawah:
http://www.w3schools.com/js/default.asp

http://www.w3schools.com/html/

~selamat bergembira dengan js dan html~

May 7, 2011

bahasa paling best!

Assalamualaikum semua.. :)

ketika saya mengikuti php metup baru2 ni, saya agak tertarik dengan kata-kata seorang penceramah. kata-kata yang agak "kena" dan mungkin "terkena" pada diri saya sendiri. ;p

"saya belajar bahasa java sebab da wajib belajar. sebagai computer science students katakan.. saya belajar bahasa PHP kerana peluang pekerjaan yang lebih suka gne bahasa php. but, I learn python because i love it. same with ruby" (xingat nama, 2011)

erm, bukan saya yang cakap tau! ;p tapi, bagi saya, kata-kata ni ada betulnye jika saya teliti balik. agak bertepatan dengan diri saya sendiri.. yea, memang betul.. computer science students aka ISA wajib belajar java..berikut saya kemukakan situasi yang saya sendiri alami: jeng2... ;p

ketika saya nak apply tempat untuk praktikal dulu. saya pernah menelepon dan di interview oleh beberapa syarikat. sila teruskan pembacaan anda..:)

syarikat 1--> semasa saya menelepon syarikat [dot][dot], di pertengahan perbualan kami:

neza: kalau programming, saya belajar java. sekarang ni saya sedang belajar cms.
sT: kat sini kami cuma prefer gune php je.. kalau boleh kami nak yang ada basic php. sebab kami tak nak gune cms.
neza: (terdiam sat) erm, kalau macam tu tak pe lah yea encik. Terima kasih banyak-banyak..

aduyai, mase tu saya memang betul-betul buta programming terutamanya php. yang saya tahu cuma java, java and java sahaja. tu lah, USP untuk php saya tak join sekali. saya cuma masuk J2EE je.. T_T

syarikat 2 --> semasa saya ditemuramah. untuk praktikal juga..

sT: apa skill yang awak ada? terutamanya programming?
neza: kalau programming, saya lebih kepada java (yeye je.. kalau ditanya pasal java, mesti terkantoi sy.. hehe)  
sT : sebenarnya kami cuma gne PHP je (oh no! php lagi???). saya bagi awak peluang lagi. kalau awak masih berminat nak praktikal kat sini, saya bagi awak masa belajar php. awak praktikal bile yea?
neza: 3 januari tahun depan.
sT : oh, yea. banyak lagi masa ni. awak cuma belajar yang basic je. edit, update dan create form baru.
note: dengan semangatnya sT ni terangkan kepada saya apa yang perlu saya belajar. saya memang respect kat dia sebab masih lagi bagi saya peluang. tapi, persoalannya ialah saya ni minat ke nak belajar php? hehe.. tapi, saya dengar je apa yang sT ni terangkan dan tengok apa yang dia lakarkan kat belakang resume sy.. ^_^
neza: terima kasih banyak2 yea encik sT. nanti kalau saya sudah belajar php, saya datang sini semula. tapi, apa2 pun saya akan emailkan semula (padahal dalam hati saya da sedih, manalah sempat nak belajar php, dengan tesis + fyp, belajar lagi..) 

itulah cerita saya dengan php.. sedih kan? sebab saya tak tahu php, terlepas peluang nak praktikal kat syarikat2 tu.. tapi, alhamduliLLAH, saya dapat tempat yang lagi best.. ^_^

ok, sekarang ni saya nak cerita pasal ruby plak.. hehe... semasa saya nak ditugaskan buat satu task (kat tempat praktikal), saya ditanya.

Mr x: awak pernah belajar ruby tak?
neza : x prnah belajar tapi ada juga rasa macam nak belajar.. (tip: kalau mase praktikal kita ditugaskan buat something yang memang kita tak tahu, jangan tolak gitu je tau. usaha dulu tapi jangan belagak yang kita tahu plak.. :)
Mr x : untuk task ni, saya cadangkan awak gune ruby..

bermulah "kehidupan programming" saya dengan ruby.. :) tanpa sedar, saya mula sukakan ruby tapi tak bermakna bahasa lain tak best yea..


untuk task yang seterusnya saya terpaksa gune php dan python. terpaksa tinggal sekejap ruby ..T_T php --> untuk web page. manakala python sebab saya nak guna scrip python yang da ada kat internet (tak payah saya buat sendiri cuma alter apa2 yang patut je)

then, saya ditugaskan buat satu lagi task (yang last saya rasa sebab da nak habis praktikal.. hehe). untuk task ni saya diberi pilihan nak guna apa2 bahasa pun.. (ni yang best.. yippie.. ^_^)

mulanya saya guna bahasa php je, tapi dipertengahan jalan saya ter stuck. sudah ketemu jalan buntu.. T_T
akhirnya, selepas beberapa ketika saya beralih angin. apa lagi, guna ruby je r.. alhamduliLLAH, dapat buat cuma masih perlu di edit sket2..

so, apa kesimpulannya?? bagi saya ada betulnya kata2 penceramah tu tapi bagi si penggemar java dan php jangan pula marah saya yea..hehe...

sT : si Temuduga

Jun 16, 2010

mana satu pilihan hati???

Assalamualaikum semua=)
sedar tak sedar dalam putaran waktu yang setia berjalan tanpa jemu, garisan berhenti kian melambai-lambaikan talinya.. serentak itu, otak berfikir, hati menganalisa... adakah jawapan kepada kebuntuan tu sudah ketemu??
nampaknya, jawapan yang dicari makin samar-samar dan mengkabur... salah siapa?? diri sendiri sebab tidak beri tumpuan???



argh!!!! tidak!!! sudah diaju pada yang lebih faqih.. namun jawapannya.." pilihan itu ada pada empunya diri.. kerana kelak, yang akan meneruskannya adalah kamu.. buatlah pilihan yang sewajarnya berdasarkan keyakinan dan kemampuan diri.. kamu masih ada waktu untuk analisa....." bibir hanya mampu ditutup rapat. masih keliru..



erm, garisan akhir makin mendekat. walau pada hakikinya detik takkan menoleh kebelakang.. yang mampu belajar dari tinggalan waktu adalah kita... jika kita mahu bagi mengelak kepahitan sama berulang....

mana satu pilihan hati? semuanya terletak pada diri.. di pertengahan menuju garis-garis waktu yang kian meruncing,  jawapan sudah kuketemu. pasti..jitu..guna php je r. java rumit sket...=)