May 7, 2011

bahasa paling best!

Assalamualaikum semua.. :)

ketika saya mengikuti php metup baru2 ni, saya agak tertarik dengan kata-kata seorang penceramah. kata-kata yang agak "kena" dan mungkin "terkena" pada diri saya sendiri. ;p

"saya belajar bahasa java sebab da wajib belajar. sebagai computer science students katakan.. saya belajar bahasa PHP kerana peluang pekerjaan yang lebih suka gne bahasa php. but, I learn python because i love it. same with ruby" (xingat nama, 2011)

erm, bukan saya yang cakap tau! ;p tapi, bagi saya, kata-kata ni ada betulnye jika saya teliti balik. agak bertepatan dengan diri saya sendiri.. yea, memang betul.. computer science students aka ISA wajib belajar java..berikut saya kemukakan situasi yang saya sendiri alami: jeng2... ;p

ketika saya nak apply tempat untuk praktikal dulu. saya pernah menelepon dan di interview oleh beberapa syarikat. sila teruskan pembacaan anda..:)

syarikat 1--> semasa saya menelepon syarikat [dot][dot], di pertengahan perbualan kami:

neza: kalau programming, saya belajar java. sekarang ni saya sedang belajar cms.
sT: kat sini kami cuma prefer gune php je.. kalau boleh kami nak yang ada basic php. sebab kami tak nak gune cms.
neza: (terdiam sat) erm, kalau macam tu tak pe lah yea encik. Terima kasih banyak-banyak..

aduyai, mase tu saya memang betul-betul buta programming terutamanya php. yang saya tahu cuma java, java and java sahaja. tu lah, USP untuk php saya tak join sekali. saya cuma masuk J2EE je.. T_T

syarikat 2 --> semasa saya ditemuramah. untuk praktikal juga..

sT: apa skill yang awak ada? terutamanya programming?
neza: kalau programming, saya lebih kepada java (yeye je.. kalau ditanya pasal java, mesti terkantoi sy.. hehe)  
sT : sebenarnya kami cuma gne PHP je (oh no! php lagi???). saya bagi awak peluang lagi. kalau awak masih berminat nak praktikal kat sini, saya bagi awak masa belajar php. awak praktikal bile yea?
neza: 3 januari tahun depan.
sT : oh, yea. banyak lagi masa ni. awak cuma belajar yang basic je. edit, update dan create form baru.
note: dengan semangatnya sT ni terangkan kepada saya apa yang perlu saya belajar. saya memang respect kat dia sebab masih lagi bagi saya peluang. tapi, persoalannya ialah saya ni minat ke nak belajar php? hehe.. tapi, saya dengar je apa yang sT ni terangkan dan tengok apa yang dia lakarkan kat belakang resume sy.. ^_^
neza: terima kasih banyak2 yea encik sT. nanti kalau saya sudah belajar php, saya datang sini semula. tapi, apa2 pun saya akan emailkan semula (padahal dalam hati saya da sedih, manalah sempat nak belajar php, dengan tesis + fyp, belajar lagi..) 

itulah cerita saya dengan php.. sedih kan? sebab saya tak tahu php, terlepas peluang nak praktikal kat syarikat2 tu.. tapi, alhamduliLLAH, saya dapat tempat yang lagi best.. ^_^

ok, sekarang ni saya nak cerita pasal ruby plak.. hehe... semasa saya nak ditugaskan buat satu task (kat tempat praktikal), saya ditanya.

Mr x: awak pernah belajar ruby tak?
neza : x prnah belajar tapi ada juga rasa macam nak belajar.. (tip: kalau mase praktikal kita ditugaskan buat something yang memang kita tak tahu, jangan tolak gitu je tau. usaha dulu tapi jangan belagak yang kita tahu plak.. :)
Mr x : untuk task ni, saya cadangkan awak gune ruby..

bermulah "kehidupan programming" saya dengan ruby.. :) tanpa sedar, saya mula sukakan ruby tapi tak bermakna bahasa lain tak best yea..


untuk task yang seterusnya saya terpaksa gune php dan python. terpaksa tinggal sekejap ruby ..T_T php --> untuk web page. manakala python sebab saya nak guna scrip python yang da ada kat internet (tak payah saya buat sendiri cuma alter apa2 yang patut je)

then, saya ditugaskan buat satu lagi task (yang last saya rasa sebab da nak habis praktikal.. hehe). untuk task ni saya diberi pilihan nak guna apa2 bahasa pun.. (ni yang best.. yippie.. ^_^)

mulanya saya guna bahasa php je, tapi dipertengahan jalan saya ter stuck. sudah ketemu jalan buntu.. T_T
akhirnya, selepas beberapa ketika saya beralih angin. apa lagi, guna ruby je r.. alhamduliLLAH, dapat buat cuma masih perlu di edit sket2..

so, apa kesimpulannya?? bagi saya ada betulnya kata2 penceramah tu tapi bagi si penggemar java dan php jangan pula marah saya yea..hehe...

sT : si Temuduga

Aug 13, 2010

jatuh cinta??

 sejak akhir2 ni saya rase sikap saya agak dan terlalu pelik.. rasa tidak selesa, emosi kacau.bak kata orang tua2 dlu : mandi xbasah, makan xkenyang (mse berbuka puasa dan ke atas yea=), tido xlena..

apakah mksudnye?? hati mula tertanya2, aqal cuba merisik jawapan.. adakah kerana "itu"?? erm, mgkin!!
tAPi, xkan sampai macam tu sekali?? tahulah sy selalu berhabis masa dan tenaga dengannya. tapi, xkan r kot..huhu!! mustahil!!(ni hati saya yg ckp..hehe)

erm, bila difikirkan blik mgkin ada benarnya.. selagi saya xjumpanya selagi itu saya xboleh nak tido lena. selagi saya tidak menyentuh walau sedikit, hati rasa xtenteram... apakah itu?? hehe!! jeng2!!

e-requirements~ in progress. byk agi yg lom siap~


ini lah buah hati baru saya kot..hehe!! selagi xsiap selagi tu xbleh nak lena tido saya.. asyik mengadap lptp dan page ni..huhu!! 4 september da dekat.. sempatkah???

erm, 1 soalan :hijau sgt ker?

Jun 16, 2010

mana satu pilihan hati???

Assalamualaikum semua=)
sedar tak sedar dalam putaran waktu yang setia berjalan tanpa jemu, garisan berhenti kian melambai-lambaikan talinya.. serentak itu, otak berfikir, hati menganalisa... adakah jawapan kepada kebuntuan tu sudah ketemu??
nampaknya, jawapan yang dicari makin samar-samar dan mengkabur... salah siapa?? diri sendiri sebab tidak beri tumpuan???



argh!!!! tidak!!! sudah diaju pada yang lebih faqih.. namun jawapannya.." pilihan itu ada pada empunya diri.. kerana kelak, yang akan meneruskannya adalah kamu.. buatlah pilihan yang sewajarnya berdasarkan keyakinan dan kemampuan diri.. kamu masih ada waktu untuk analisa....." bibir hanya mampu ditutup rapat. masih keliru..



erm, garisan akhir makin mendekat. walau pada hakikinya detik takkan menoleh kebelakang.. yang mampu belajar dari tinggalan waktu adalah kita... jika kita mahu bagi mengelak kepahitan sama berulang....

mana satu pilihan hati? semuanya terletak pada diri.. di pertengahan menuju garis-garis waktu yang kian meruncing,  jawapan sudah kuketemu. pasti..jitu..guna php je r. java rumit sket...=)

May 18, 2010

"special for my frenz....~syurga bukan percuma...~

 Assalamualaikum... hampir sebulan saya tak meng"update" blog ni. cian plak saya tengok.. hampir 3 tahun saya tak berpeluang nak beramah mesra dengan sahabat metrik saya ni.. Alhamdulillah saya berpeluang juga berjumpa "lama" dengan dia..(masa wehdah xsempat nak bersembang sangat, sebab saya tak sempat)


sikap sahabat saya ni tetap tak berubah. seingat saya, mase kami masih dibangku matrik, dia selalu melorekkan kata-kata berupa nasihat dalam buku saya. dalam pertemuan ni pun tak terkecuali. sedang saya "asyik" dengar ceramah, tiba2 jer dia minta buku nota saya.. saya da faham apa yang dia buat..=)


betul apa yang saya jangka.. inilah bait kata yang ditulisnya dalam buku nota saya.... 


"special for my frenz....~syurga bukan percuma...~

bukan tak tega,
tapi terlalu cinta,
bukan tak mengerti,
cuma ingin gapai hakiki,
antara seru dan kasih,
antara sayang dan disayang,
maafkan andai luka berdarah,
mungkin belum di mengerti,
luka ini kian parah,

Deras, suci, jernih,
zahir terlihat tak menggambarkan rasa,
Tidaklah diri seteguh karang di lautan,
walau dibina tembok penghadang,
tersilap langkah, ia runtuh juga,
hapuskan air yang mengalir,
Bukan ini tempatmu,
langkah kaki baru satu,
masih beribu perlu dituju..

jalan ini penuh onak,
Bukan tercipta untuk si manja,
bukan juga bagi hamba dunia
lekanya nafsu lebih peka,
yang gentar akan hilangnya mentari,
bukankah janjiNya telah pasti??

yang patah pasti ditumbuh,
yang hilang pasti diganti,
usah ditanya bila dan bagaimana,
andai bukan disini, disanakan abadi,
Laa tahzan!!

semalam Dia telah menolongmu,
pasti esok Dia tetap bersamamu,
ingatkan daku,syurga bukan percuma~


(thanks my dear frenz --> Rozi )


Breach of Trust

Apr 9, 2010

"salam imtihan semua..."

Assalamualaikum semua..=)

 ketika saya dalam bas, tunggu bas atau mase2 sengkang, saya dapat lihat satu fenomena yang agak ganjil dan pelik.. situasi yang jarang2 dapat dilihat sebelum ni. tanpa sedar saya pun turut sekaki buat perkara yang sama.. nak tahu apa dia??? saya dapat lihat rata2 pelajar memegang dan membaca buku-buku dan nota - nota. jika sebelum ni, sy biasa tengok ramai yang pegang tapi jarang yang membaca. termasuk juga dengan sy..=(

erm, rupanya diam tak diam tak sampai sebulan pun lagi nak exam.. tinggal lebih kurang 15 hari jer lagi nak exam.. patutlah... ramai yang ada masa untuk study sekarang..=P saya pun lebih kurang jer sebenarnya. jika sebelum ni dalam kepala cuma ada terms system request, SDLC, waterfall, requirements etc (terms dalam proposal) tapi sekarang ni da mula beralih kt terms lain.. subjek2 lain. AlhamduliLLah..=) tersedar juga byk lagi subjek lain yg perlu dicover..


tapi, sejauh manakah persediaan kita sebenarnya? adakah "senjata" yang kita nak gunakan sudah ampuh? persiapan dari segi mental (dalaman) kita cane? saya sendiri terkedu. ilmu itu adalah cahaya.. cahaya akan terbias jika memantul di tempat yang legap.. tempat yang gelap, walau disuluh cahaya tetap tak membawa erti.. terangnya hanya sebentar. di tempat yang terhad.. 

persiapan "hati" seharusnya seiring dengan persiapan luaran... sambil kita mengasah daya ingatan dengan kuatnya mentelaah, kita juga perlu mengasah sama hati supaya menjadi lebih lembut... lebih dekat denganNya....

"usaha + tawakkal + doa = mumtaz... Insya'Allah...=) 




Mar 5, 2010

"hilang???

Assalamualaikum semua=)

dalam "keributan" ni, tetibe jer rasa ada sesuatu yang hilang.. sesuatu yang TERSANGAT berharga.. tapi ape yea??

memang tak dinafikan sejak akhir2 ni hidup saya agak "ribut" sket.. banyak hal dalam kepala yang perlu dilunaskan. Alhamdulillah, sekarang ni agak kurang gejala "ribut" dalam diri.. ISAS kan da lepas...he3

namun, seusai dari berjumpa ngan sv rupanya banyak lagi yang propsal saya yang harus saya baiki dan perhalusi.   aduh!! rase cam nak nangis pun ada..=(  tapi, mujurlah ada sahabat yang tenangkan balik emosi saya.." la tahzan, innallaha ma'a ana" kenapa saya rase sedih? sebab da hampir ngan mase nak present. berdebar..hu3

sebenarnya, selepas saya tamat dari proses merenung dan bertenung, saya akhirnya mengerti. apa yang hilang dalam hidup saya. ia adalah semangat saya.. semangat untuk belajar, semangat untuk wat kerje, semangt etc.. dalam bahasa yang mudahnye, saya da kurang mentelaah sekarang.. hobi saya bukan lagi membaca buku yang bermanfaat. saya xder semangat nak buat rutin harian saya yang biasa saya buat sebelum ni...

dan sekarang ni, saya dalam proses nak meraih semula semangat yang kian pudar dan menghilang.. doakan saya ek..=)