Aug 5, 2013

selamat hari raya...^_^

Assalamualaikum semua :)

selamat hari raya saya ucapkan kepada semua kengkawan.. sedar tak sedar bulan Ramadhan sudah hampir berlalu pergi.. bulan yang penuh dengan berkah, rahmat dan seribu keampunan yang dijanjikan Allah buat hamba-Nya yang istiqamah dengan pakaian taqwa..sebab sebaik - baik pakaian adalah pakaian taqwa..

Maka amat rugilah sesorang itu andai Ramadhan itu datang dan pergi tanpa adanya peningkatan dari segi amal ibadat dalam hidupnya. Bayangkan kita cuma ada sebulan untuk mentarbiyyah hati bagi menghadapi "peperangan" pada bulan berikutnya. Sebulan cuma namum andai dipenuhi dengan sebenarnya Insya'Allah kita telah membina satu benteng yang ampuh dari serangan dan godaan yang akan mendatang..

"walaupun kita berakhlak baik dengan manusia namun sekiranya kita tidak menjaga solat, kita tetap tidak berakhlak. Hal ini kerana solat merupakan perkara asas dalam menentukan halatuju hidup kita. mana mungkin kita akan dapat berakhlak baik andai hubungan dengan Khaliq pun kita tidak menjaganya?" --> petikan daripada buku "bicara ini demi Ilahi"

Menyentuh mengenai sambutan hari raya, tidak dapat dinafikan pada hari tersebut kita disunatkan untuk berpakaian serba baru, bergembira, saling kunjung mengunjungi sanak saudara namun dalam masa yang sama para sahabat r.a tetap menyimpan perasaan sedih.. Ini kerana Ramadhan telah berlalu. bulan "pesta ibadah" telah meninggalkan mereka.. bagaimana pula dengan kita??

akhir kalam, selamat hari raya saya ucapkan.. mudah - mudahan kita masih diberi kesempatan oleh Rabb untuk bertemu lagi dengan bulan Ramadhan pada tahun hadapan...


1 komentar tetamu neza:

Raz said...

selamat hari raya maaf zahir batin :)