Jan 29, 2010

"sharing is caring..=)

Assalamualaikum..
saya terkesan dengan kata2 ustaz saya mase klas halaqah lalu. jadi, saya mahu kongi dengan semua sebab sharing is caring..=)

terdapat 4 cara penurunan wahyu.

1) malaikat Jibrail menyampaikan wahyu dalam bentuk rupa asalnya. RasuluLLAH
menceritakan bahawa malaikat Jibrail mempunyai 60 sayap, saiznya meliputi langit
dan bumi. boleh sahabat2 bayangkan betapa hebat + gagahnya penciptaan malaikat
Jibrail. tapi, walaupun Jibrail sangat hebat + gagah, dia tetap tunduk dan patuh
pada Allah.. kita pula bagaimana???

dengan saiz yang "kerdil" + lemah, masih angkuh membuat maksiat dan noda...
fikir2kan lah...

2) malaikat menyerupai seorang lelaki yang hensem dan penampilan yang hebat.
pernahkah kita terfikir, apakah ibrah yang dapat kita ambil??

sebagai seorang yang bergelar da'ie, kita seharusnya menitik beratkan penampilan
diri. cuba bayangkan kita mengajar bahawa " kebersihan itu sebahagian dari iman"
tapi penampilan kita sebaliknya. dengan pakain yang kusam, fizikal diri yang tak
terjaga, rasa2nya lah bolehkan mad'u kita terima??

3) RasuluLLAH merasai sendiri penurunan wahyu. biasanya, Baginda rasa sangat
penat hingga keluar peluh di dahi.. terdapat satu peristiwa dimana semasa
penurunan wahyu, kaki seorang sahabatterletak dibawah kaki RasuluLLAH. sahabat
tersebut mengatakan bahawa kakinya sangat sakit seperti mahu tercabut!!

kenapa???

ini mahu menunjukkan bahawa wahyu dan kalam Allah itu berat.. sangat berat.
bukan sekadar dibace tanpa cuba memahami apa yang tersurat didalamnya...

4) RasuluLLAH berjumpa direct denngan Allah semasa turunnya kewajipan untuk
bersolat. ini menunjukkan bahawa solat itu SANGAT2 PENTING.. dan solat juga
merupakan tiang agama...

sekadar itu sahaja buat masa ni... hari ini lebih baik dari semalam..=)
Assalamualaikum..

0 komentar tetamu neza: