Mar 5, 2010

"hilang???

Assalamualaikum semua=)

dalam "keributan" ni, tetibe jer rasa ada sesuatu yang hilang.. sesuatu yang TERSANGAT berharga.. tapi ape yea??

memang tak dinafikan sejak akhir2 ni hidup saya agak "ribut" sket.. banyak hal dalam kepala yang perlu dilunaskan. Alhamdulillah, sekarang ni agak kurang gejala "ribut" dalam diri.. ISAS kan da lepas...he3

namun, seusai dari berjumpa ngan sv rupanya banyak lagi yang propsal saya yang harus saya baiki dan perhalusi.   aduh!! rase cam nak nangis pun ada..=(  tapi, mujurlah ada sahabat yang tenangkan balik emosi saya.." la tahzan, innallaha ma'a ana" kenapa saya rase sedih? sebab da hampir ngan mase nak present. berdebar..hu3

sebenarnya, selepas saya tamat dari proses merenung dan bertenung, saya akhirnya mengerti. apa yang hilang dalam hidup saya. ia adalah semangat saya.. semangat untuk belajar, semangat untuk wat kerje, semangt etc.. dalam bahasa yang mudahnye, saya da kurang mentelaah sekarang.. hobi saya bukan lagi membaca buku yang bermanfaat. saya xder semangat nak buat rutin harian saya yang biasa saya buat sebelum ni...

dan sekarang ni, saya dalam proses nak meraih semula semangat yang kian pudar dan menghilang.. doakan saya ek..=)

Jan 29, 2010

"sharing is caring..=)

Assalamualaikum..
saya terkesan dengan kata2 ustaz saya mase klas halaqah lalu. jadi, saya mahu kongi dengan semua sebab sharing is caring..=)

terdapat 4 cara penurunan wahyu.

1) malaikat Jibrail menyampaikan wahyu dalam bentuk rupa asalnya. RasuluLLAH
menceritakan bahawa malaikat Jibrail mempunyai 60 sayap, saiznya meliputi langit
dan bumi. boleh sahabat2 bayangkan betapa hebat + gagahnya penciptaan malaikat
Jibrail. tapi, walaupun Jibrail sangat hebat + gagah, dia tetap tunduk dan patuh
pada Allah.. kita pula bagaimana???

dengan saiz yang "kerdil" + lemah, masih angkuh membuat maksiat dan noda...
fikir2kan lah...

2) malaikat menyerupai seorang lelaki yang hensem dan penampilan yang hebat.
pernahkah kita terfikir, apakah ibrah yang dapat kita ambil??

sebagai seorang yang bergelar da'ie, kita seharusnya menitik beratkan penampilan
diri. cuba bayangkan kita mengajar bahawa " kebersihan itu sebahagian dari iman"
tapi penampilan kita sebaliknya. dengan pakain yang kusam, fizikal diri yang tak
terjaga, rasa2nya lah bolehkan mad'u kita terima??

3) RasuluLLAH merasai sendiri penurunan wahyu. biasanya, Baginda rasa sangat
penat hingga keluar peluh di dahi.. terdapat satu peristiwa dimana semasa
penurunan wahyu, kaki seorang sahabatterletak dibawah kaki RasuluLLAH. sahabat
tersebut mengatakan bahawa kakinya sangat sakit seperti mahu tercabut!!

kenapa???

ini mahu menunjukkan bahawa wahyu dan kalam Allah itu berat.. sangat berat.
bukan sekadar dibace tanpa cuba memahami apa yang tersurat didalamnya...

4) RasuluLLAH berjumpa direct denngan Allah semasa turunnya kewajipan untuk
bersolat. ini menunjukkan bahawa solat itu SANGAT2 PENTING.. dan solat juga
merupakan tiang agama...

sekadar itu sahaja buat masa ni... hari ini lebih baik dari semalam..=)
Assalamualaikum..

Jan 27, 2010

"nafas baru....?"

Assalamualaikum sahabat2 maya semua.. sudah lama saya tak meng'update'kan blog saya. mungkin disebabkan tak berkesempatan dan mungkin juga kondisi yang tak berapa stabil.. sebab kat asrama tak dapat internet..=( alhamduliLLAH sekarang da dapat online..


Bila menyebut perasaan syukur or alhamduliLLAH saya teringat pertanyaan dari seorang ustaz... dalam hidup kita ni, macam mana kita nak terjemahkan rasa syukur tu? adakah cukup dengan hanya buat segala yang diwajibkan Allah?


terdiam sat saya... kemudian, ustaz sambung kata-katanya..


terlalu banyak nikmat yang Allah bagi kat kita.Bekalan oksigen untuk kita bernafas, fizikal yang boleh bergerak dan seribu macam nikmat lagi.. tapi, apa yang kita buat?


saya tinggalkan persoalan tu pada sahabat2 semua.. macam mana cara kita hamba yang terlalu lemah + kerdil ni nak ucapkan syukur pada Allah..


baru-baru ni seorang adik (tamhidi sains teck,tst) bertandang kat rumah saya. dia mahu berbincang mengenai surau camellia dari segi pengisian etc. tapi bukan berbincang dengan saya yea.. ngan ketua surau i.e roomate saya.


selepas da selesai perbincangan mereka, tiba-tiba jer adik tersebut (anis) tanya pada saya..


anis :kak neza, akak fst kan? amik course apa ek?


saya : akak amik course sains komputer. lagi tepatnya information security assurance (ISA)


anis : 0o.. saya tak tahu lagi r kak nak amik course apa lepas ni.. saya tst.


saya: adik minat bahagian apa? kat fst ada 5 course( bioteck, isa, financial math, actuary, fizik dan kimia). better adik amik bidang yang adik minat, bukan sebab faktor lain..


anis : kalau ISA cane kak? akk belajar apa yea?


saya : kalau course akk ni, ada programming, security kat network dan e-commerce etc. adik berminat ker?


anis ; ada subjek math tak?


saya : of course ade dik.. tapi tak sebanyak financial math dan sains aktuari..


anis : katakan saya amik course ISA, apa yang saya dapat sumbangkan pada ISLAM? contohnya kalau bioteck, makanan halal etc..


terdiam saya masa tu..


saya : dik, semua ilmu2 ni datangnya dari Allah kan? banyak yang kita boleh sumbangkan untuk ISLAM sebenarnya. cuma nak ke tak nak jer. bergantung pada kita cane.. dalam konteks ni, kia tahu kan sekarang banyak berlaku ancaman cyber. terutamanya dari segi pemikiran, hiburan. cane kita nak atasi benda2 ni kalau kita xtahu perkara2 yang berkaitan dengan security..


anis : contohnya kak?


saya : akak belajar berkaitan dengan security kat e-mail kita. sudah tentu dalam e-mail kita ada "sensitif data" kan? so, cane kita xnak bagi orang yang attack e-mail kita dapat bace data kita..


banyak lagi yang kami sembang. kesimpulannya, setiap apa yang kita buat, kita niatkan nak "bergerak" untuk ISLAM... contohnya, seorang ulama' i.e muhammad ibnu rusyd. beliau seorang tokoh falsafah, hingga ada pendapat yang mengatakan beliau mengatasi aristottle. beliau juga seorang hakim, kadi dan juga seorang doktor.......

Jan 7, 2010

serba baru

Assalamualaikum....


akhirnya, selepas bercuti hampir sebulan (ye ker??=) sy kembali semula ke alam pembelajaran. walaupun kelas baru sahaja hendak bermula (setakat ni 1 kelas jer yang baru ada) namun, saya harus sedar... diam tak diam da nak habis tahun 3.. maknanye ada 1 thn jer lagi nak hbis... banyak taklifat yang wajib dilaksanakan...Undecided


taklifat sebagai seorang hamba...

taklifat sebagai seorang anak...
taklifat sebagai seorang pljr....
taklifat sebgi seorg khalifah...
taklifat sbg seorg da'ie...
serta 1001 macam taklifat yang wajib kta laksanakan....


sempena sem baru, tahun baru (bbrp hari jer lg) kuatkan azam dan semngat untk berubah.. berubah kearah yg lbih gmilang... Insya' Allah..Laughing



dari sudut ibadah...
dari sudut akhlak...
dari sudut sosial....
dari sudut sahsiah...


hari ini lagi dahsyat dari semalam.(celakalah orang tersebut- muhasbah balik diri....)
hari ini same jer ngn semalam.(kita sangat2 rugi - cuba tingkatkan ptensi diri)
hari ini lbh baik dri semalam.(kita sgt beruntung - kekalkan momentum diri dan cuba pecut ke arah yang lbh baik...)


*hari ini lbh baik dari semalamSmile....*

Nov 19, 2009

"last exam??~operating system~

Alhamdulillah.... akhirnya, musim peperiksaan sudah melabuhkan sementara jidainya... last exam, operating system.. walaupun agak terkejut sebab banyak sangat soalan yang perlu dijawap (no option) dengan markah keseluruhan 100 markah, namun terbit rasa syukur dihati.. sebab ni exam yang last.. walaupun saya orang yang last habis exam kat rumah....(=


bak kata Dr Shahirah, sepatutnya kami semua dah immune dengan exam.. ye r kan..kami kan da tahun 3.hehe( da tua pon rupanya). namun, perasaan gentar tu tetap ada bersarat dalam hati.. memikirkan tanggungjawap sebagai seorang anak, pelajar, etc... (sambung sendiri =)


dan, satu lagi "perkara" besar yang sedia menanti diri ini.. iaitu WEHDAH 09... sedikit rasa bimbang andai apa yang kami rancang jadi sebaliknya. kerana kami hanya mampu merancang tapi Allahlah yang menentukan semuanya... Dan perancangan Allah adalah sebaik-baik perancangan..


semasa meeting dengan en. syafful... melihat saya yang agak tersengguk2 faham, kak Ti menepuk bahu saya dengan mesra dan berkata :
"banyak2 selawat Neza, hati yang kosong tanpa zikruLLAH mudah dihinggap syaitan.. syaitan memang suka bermain dekat kelopak mata.. natijahnya, kita akan rasa mengantuk.."


saya hanya menganggukkan kepala. dalam hati ,saya berselawat banyak2.. sebab hati yang kosong jadi tempat kesukaan syaitan untuk brmain, bergayut and so on.. hati yang rasa bertuhan, walau keseorangan tetap rasa damai, sebab hati itu yakin Allah tetap ada bersamanya... tapi hati yang tidak bertuhan, walau berada ditempat yang ramai tetap rasa sunyi dan keluh kesah... bukankah dengan mengingati Allah itu hati kita menjadi tenang??

Nov 1, 2009

"salam final exam"

salam untuk semua sahabat2...

selamat mnempuh alam exam... usaha + doa = mumtaz.. Insya'Allah....
banyakkan berdoa moga diberi ketenangan hati dan dapat jawab exam....