Feb 19, 2009

Hikmah ujian

Fikiran Nadirah menerawang jauh. Bayangan keluarganya tergambar diruang matanya. Saat yang mustahil dapat dilupa olehnya. Saat yang membahagiakan malah setiap kali saat itu terlayar di depan matanya, bibir Nadirah tidak henti-henti berdoa supaya saat sebegitu akan kembali berulang sekaligus mengusir pergi lara yang semakin menghimpit diri saat ini…

“ Abah, bila abah nak berubah?? Irah rindukan abah yang dulu.. abah yang penyayang, abah yang sangat-sangat Irah sayangi… tapi, kemana abah menghilang?? Abah yang ada sekarang bukan abah yang dulu lagi..seolah-olah dua insan yang sama nama dan rupa tapi sangat berlainan sikap dan tingkah-laku”Suara hati Nadirah menjerit dan merintih pedih

… tingkah abah jauh berubah bila dibuang kerja ekoran kegawatan ekonomi . Malahan sangat berubah…dia teringat “permintaan” abah semasa pulang bercuti sempena hari raya baru-baru ini… “permintaan “ yang sangat –sangat tak terduga olehnya malah tika Nadirah mendengar kata-kata itu dibicarakan oleh abah dia tak percaya!!! Dia langsung tak percaya!!! Berkali-kali dia mencubit tangannya dan berharap apa yang baru didengarnya tadi hanya satu mimpi yang akan berlalu pergi akhinya. Tapi, dia silap. Dia bukannya berada di alam fantasi mahupun mimpi tika itu.

“ Irah, abah nak Irah ikut Uncle Sum malam ni… abah banyak berhutang dengan dia dan dia sukakan Irah..jangan cuba lawan cakap abah.”Terduduk Irah saat itu juga… tanpa sedar laju air matanya mengalir jatuh tanpa sempat disekat olehnya… mana mungkin Irah setuju dengan “permintaan “ abahnya. Tidak sama-sekali!!!! Pegangan agama walau tak sekuat mana yang masih ada dalam dirinya memustahilkan Nadirah mengikut sahaja kata-kata abah tanpa membuat pertimbangan akal dan iman…

Dia cuba merayu dan kesannya petang itu juga dia dihalau keluar dari rumah oleh abah walaupun hari raya cuma tinggal beberapa hari saja lagi. Pilu dihati hanya Allah sahaja yang tahu. Lelehan air matanya tak dapat ditahan walau dirinya menjadi tumpuan ramai ketika kakinya melangkah masuk ke stesen bas. Hatinya rawan tatkala mendengar takbir raya namun langkahan kakinya tetap diteruskan sebelum Nadirah duduk di bangku stesen bas tersebut. Dia beraya keseorangan tanpa ditemani keluarga seperti sebelumnya. Dia beraya keseorangan di stesen bus…

“ Irah, Irah tak apa-apa??” sentuhan lembut Aqilah yang memegang bahunya membangkitkan Nadirah dari ingatan masa lalunya… cepat-cepat air mata yang masih tersisa dipipi dan tubir matanya diseka dengan lengan baju kurungnya cuba untuk menyembunyikan perasaannya yang tak menentu tika itu…

“Insya’Allah Irah tak apa-apa… Cuma Irah teringatkan keluarga Irah.” Sahut Nadirah dengan nada suara yang perlahan. Sesungguhnya dia terasa malu dengan Aqilah yang telah banyak membantunya sejak awal perkenalan mereka dan Aqilah juga membantunya melangsaikan hutang abah dengan Uncle Sum… bukan setakat itu sahaja, kesudian Aqilah mendengar luahan hatinya dan menjadi temannya benar-benar menyentuh hatinya…

“selemah-lemah ukhwah ialah melebihkan sahabat lebih dari diri sendiri” kata-kata yang acap kali disebut oleh Aqilah sekiranya Nadirah meluahkan perasaan segannya pada Aqilah.“Irah, abah Irah masih marah ker?? Irahkan da langsaikan hutang-hutang tu.. abah Irah tak bagi Irah balik rumah lagi??Pertanyaan Aqilah sedikit sebanyak membuatkan Nadirah sebak… perlahan-lahan dia menggelengkan kepala dengan wajah yang sedih… Aqilah menarik Nadirah kedalam pelukannya dan memintanya bersabar…

“ sabar itu indah Irah, andai segalanya kerana Allah… Kekuatan itu lahir dari keazaman dan keazaman itu hanya dapat diraih jika kita menjaga hubungan kita dengan Allah…” Aqilah membisikkan kata-kata ini kepada Nadirah.“ erm, Insya’Allah Ila… selagi kita merasa lemah dihadapan Allah, Dia akan memberikan kita kekuatan untuk berhadapan dengan manusia…

Mungkin ada hikmah yang belum dapat Irah temui dan terokai dari semua “tarbiyyah Allah” ini… balas Nadirah sambil bibirnya tersenyum hambar.

Bagai sudah jatuh ditimpa tangga, Nadirah terkejut tatkala mendapat berita adik bongsunya terjatuh dari beranda rumahnya… Ya Allah!!!! Rumahnya ditingkat 4!!! Berita itu diketahuinya melalui Aiman,adiknya. Perasaannya kembali berombak apabila Aiman memberitahu keadaan adik bongsunya masih lagi kritikal dan ditempatkan di ICU dan getaran hatinya lagi hebat tatkala diberitakan abah menghalangnya dari menziarahi adik bongsunya di hospital.

“ abah, Irah nak tengok adik… Irah nak jumpa Umi… Irah nak sangat-sangat abah yang dulu. Irah rindukan keluarga kita yang dulu.” Kata-kata itu hanya mampu bergema di kerongkongnya sahaja. Tak mampu diluah ke alam nyata.. dia tak berdaya melafazkannya pada abah… Dia tak berupaya lagi.Dia hanya mampu berdoa supaya Allah memberikan abah hidayah…

“Allah tidak menjadikan sesuatu itu dengan sia-sia… setiap yang berlaku pasti ada sebab dan hikmah yang tersembunyi disebaliknya walau ianya amat pahit untuk ditelan pada permulaanya.. kematian adik benar-benar menguji imannya.Namun, sebagai seorang muslimah, dia redho dan menerima ketentuan ini dengan berlapang dada…

Nikmat itu lagi indah dirasai andai jalan untuk mendapatkannya penuh berliku…Nadirah terus sujud tanda syukur yang teramat sangat bila diberitakan Aiman abah telah kembali kepada fitrah… air matanya berlinangan di pipi tanda kegembiraan… kematian adik benar-benar menginsafkan abah bahawa tiada jaminan kita akan hidup pada esok hari dan dapat bertaubat dahulu sebelum menutup mata… “ orang yang paling bijak dan pintar dikalangan kamu ialah orang yang sentiasa mengingati mati dan sentiasa bersedia untuk menghadapinya” ~maksud hadis~

0 komentar tetamu neza: