Jul 2, 2009

'jika inginkan perubahan, jangan takut untuk membuat pembaharuan"

Assalamualaikum buat semua sahabat se"alam maya".... sudah sekian lama jemari ini tidak bermesra dengan keyboard untuk meneruskan kalam di blog yang tak seberapa ini. setelah diri ini mengalami beberapa cetusan dan percambahan idea baru dari teman sekeliling, akhirnya terhasil juga lembaran kata ini..
 

read more...=)

saya ingin berkongsi kisah yang mungkin juga berlaku dan sedang berlaku.dan mungkin juga tak pernah berlaku...=) namun, anggaplah ia sebagai wadah pengajaran buat diri penulis dan juga para pengunjung semua bagi membaiki kekhilafan diri. untuk membuat sebarang perubahan, ungkap kata dibibir saja tak ada gunanya melainkan jawarih kita turut sama melafazkannya... seiring dan sejalan. seia dan sekata....

alkisahnya bermula disini:
syaima aqmar seorang pelajar yang pernah gagal dalam ujian.. lantas dengan azam yang kuat dia lantas bangkit dari kekecewaan semalam. dalam hatinya, telah bercambah tekad dan hasrat untuk memperoleh kejayaan dalam ujian-ujian yang akan datang... tangis sedih, titisan air mata yang jatuh bersama dengan keputusannya dulu sudah ditinggalkan. buat apa dikenang apa yang sudah berlaku... dengan hasrat inginkan perubahan, dia bangun kembali...

syaima memejamkan matanya. dalam fikirannya, dia membayangkan dirinya berada di tepi jalan yang luas terbentang. matanya dapat menangkap di hadapannya nun jauh diseberang sana papan tanda yang bertuliskan : Kejayaan menantimu disini"... namun, syaima takut... dia terlalu gabra untuk melintasi jalan dihadapannya.. segala bentuk mehnah dan ancaman setia menanti bagi membaham serta meranapkan tubuhnya... walhal dia tahu, di sebalik jalan itu kejayaan sedang menantinya....

setiap kali kakinya ingin melangkah,laju kembali ditarik kakinya."aku perlukan strategi...bak kata saidina Ali: ” kebenaran yang tidak ada perancangan yang rapi akan mudah dikalahkan oleh kebatilan yang mempunyai perancangan yang rapi.”

namun, perasaan takut tetap bersarang dalam hatinya. akhirnya, syaima mengambil jalan tradisi. dia akan menunggu sehingga jalan yang bakal dilaluinya benar-benar kosong, barulah kakinya akan maju kehadapan... adakah dia akan berjaya???

perlahan-lahan kelopak matanya dibuka." ya!!! jika aku inginkan perubahan berlaku, jika aku inginkan kejayaan, aku mesti lakukan pembaharuan... jika dulu, aku lebih suka study secara individu sekarang aku ingin study secara berkumpulan. study group!!! lebih banyak idea yang dapat dituntas..lebih banyak perancangan dapat dijana..." syaima sudah dapat jawapannya, kita?

jawapannya ada pada diri kita. watak syaima aqmar sentiasa ada dalam dunia realiti. kita inginkan kejayaan.. kita inginkan berlakunya perubahan dalam hidup kita tapi kita takut nak melakukan pembaharuan. kita selalu gunakan jalan tradisi sedangkan kita arif bahawa zaman sentiasa berubah.. cara kita menadah ilmu juga harus berubah....

kesimpulannya, jika inginkan perubahan berlaku dalam hidup kita, jangan takut, jangan gusar untuk membuat perubahan. perubahan yang seiring dengan stratigi yang mantap.. andai kita tetap takut, kejayaan yang kita impikan tetap akan berlaku biiz niLLAH tapi perlukan masa yang panjang....

selamat mencuba=)

0 komentar tetamu neza: