Jul 27, 2009

Doa,….online??

Hampir semua individu masa kini online setiap hari. Dalam zaman global ini, internet, emel, ruang sembang seperti YM, social network seperti Friendster, Facebook, Tagged dan sebagainya adalah medium perantara yang sinonim dengan masyarakat untuk berkomunikasi secara langsung. Tidak kira dimana sahaja kita berada, online sentiasa berlaku tanpa mengira sempadan masa dan geografi.

Namun, kita lupa jaringan dengan makhluk sedikit sebanyak telah memesongkan hati kita daripada mencipta jaringan langsung yang lebih hebat dengan Super Kuasa. Kita juga sering merasa kagum dengan ciptaan manusia yang mencipta pelbagai alat teknologi yang makin pesat maju kehadapan daripada memikirkan ciptaan Allah yang lagi HEBAT dan mengagumkan… kita lupa dan mungkin buat-buat lupa bahawa hubungan antara makhluk dengan Khaliq jauh lebih hebat dan merentasi teknologi online yang ada pada hari ini… apakah dia mediumnya??

Jawapannya adalah solat dan doa yang merupakan alat komunikasi online dengan Ar-Rahman, jauh meninggalkan teknologi broadband kebelakang. Malah, insani tidak perlu gusar untuk membayar bil untuk beronline dengan Ar-Rahman dan tidak memerlukan modem dan router yang bertindak sebagai pemangkin online dalam teknologi manusia. Hanya dengan menunaikan solat dan berdoa kepada Yang Maha Esa dimana sahaja di bumiNya ini tanpa mengira koordinat dan range streamix yang diguna, kita telah mampu berhubung dengan Allah secara terus. Tanpa perantaraan internet ciptaan manusia. Tanpa dikenakan sekatan.(URL block)

Semasa kita berdoa, kita merintih…. Kita meminta… kita mengharap keampunan Allah. Dan Dia Maha Mendengar … walau sebanyak electron dalam arus elektrik sekalipun, malah lebih banyak dari itu kita berdoa Ar- Rahman tetap mendengar doa dan pengharapan kita. Tanpa jemu hatta sehingga kita yang rasa jemu untuk berdoa, sehingga tibanya masa nyawa yang dipinjamkan olehNya pada kita diambil kembali. Kita sangat-sangat memerlukan doa bagi didengarkan rintihan, pengharapan dan keluhan kita saban hari lebih dari keperluan kita pada online ciptaan makhluk.

Nabi Muhammad menyatakan bahawa doa adalah senjata orang beriman. Doa merupakan senjata yang unik.Senjata yang bukan sahaja digunakan untuk menyerang musuh tradisi kita, namun senjata yang dapat memberi kekuatan, ketenteraman dan keyakinan kepada tuan punya senjata. Umpama antivirus yang melindungi note book daripada ancaman virus-virus yang boleh merosakkan. Membuatkan hati si pemilik note book rasa tenang dan selamat dari virus-virus namun begitu antivirus yang diguna mesti diupdate sentiasa. Begitu juga dengan kita, sentiasa dan sentiasa berdoa tanpa jemu.

0 komentar tetamu neza: