Assalamualaikum semua :)
selamat hari raya saya
ucapkan kepada semua kengkawan.. sedar tak sedar bulan Ramadhan sudah
hampir berlalu pergi.. bulan yang penuh dengan berkah, rahmat dan seribu
keampunan yang dijanjikan Allah buat hamba-Nya yang istiqamah dengan
pakaian taqwa..sebab sebaik - baik pakaian adalah pakaian taqwa..
Maka
amat rugilah sesorang itu andai Ramadhan itu datang dan pergi tanpa
adanya peningkatan dari segi amal ibadat dalam hidupnya. Bayangkan kita
cuma ada sebulan untuk mentarbiyyah hati bagi menghadapi "peperangan"
pada bulan berikutnya. Sebulan cuma namum andai dipenuhi dengan
sebenarnya Insya'Allah kita telah membina satu benteng yang ampuh dari
serangan dan godaan yang akan mendatang..
"walaupun
kita berakhlak baik dengan manusia namun sekiranya kita tidak menjaga
solat, kita tetap tidak berakhlak. Hal ini kerana solat merupakan
perkara asas dalam menentukan halatuju hidup kita. mana mungkin kita
akan dapat berakhlak baik andai hubungan dengan Khaliq pun kita tidak
menjaganya?" --> petikan daripada buku "bicara ini demi Ilahi"
Menyentuh
mengenai sambutan hari raya, tidak dapat dinafikan pada hari tersebut
kita disunatkan untuk berpakaian serba baru, bergembira, saling kunjung
mengunjungi sanak saudara namun dalam masa yang sama para sahabat r.a
tetap menyimpan perasaan sedih.. Ini kerana Ramadhan telah berlalu.
bulan "pesta ibadah" telah meninggalkan mereka.. bagaimana pula dengan
kita??
akhir kalam, selamat hari raya saya ucapkan..
mudah - mudahan kita masih diberi kesempatan oleh Rabb untuk bertemu
lagi dengan bulan Ramadhan pada tahun hadapan...
Puppet Enterprise 2023.8.1 (Demo)
1 hour ago