Oct 12, 2009

"hidup ini........"

kadang-kadang rasa rindu itu menyapa. kenangan lalu yang kukuh terpahat di ingatan, satu-persatu mengalir keluar di ingatan. merencahkan lagi rasa rindu yang semakin mencengkam di jiwa..

kutahu amat mustahil dapat diulang episod ria kita bersama.bukan berpunca dari masa yang tiada untuk berjumpa,

Dan, bila umurku mula menginjak 21 tahun, perasaan itu makin bertambah.. sahabat, mungkinkah sebab dikau pergi juga pada ulang tahun kelahiranmu? pemergian yang takkan kembali lagi.hanya doa yang dapat kuhulurkan...


read more...=)
serentak diri ini tersedar,hidup hanyalah sebentar cuma. tiada sebarang jaminan hidup masih ada untuk kita esok hari. momen2 terakhir saat kita bersua muka terlayar satu persatu. detik yang tak dapat diulang dan diundur perjalannya...petang raya pertama aidil Fitri setahun yang lalu, saya berkunjung ke rumahnya.. masa tu, saya dapat lihat tingkahnya yang agak berlainan dari biasa. tatkala kaki saya menginjak tangga rumahnya saya dapat lihat arwah berbaring di kerusi ruang tamu.

namun,bila arwah melihat kelibat saya dan famili arwah bingkas bangun dan menjemput kami duduk. kami diberitahu bahawa dirinya demam bila sya bertanya kenapa nampak letih dan pucat.. saya dapat bersembang panjang dengan arwah masa tu. kejarangan saya dapat balik ke kampung tidak menjadi sebab hubungan kami juga menjadi jarak.

seminggu sebelum raya aidil Adha saya balik bercuti. tapi, saya singgah dahulu di kemaman sebelum balik beraya kat kampung. tunggu ayah dapat cuti dulu... malam tu,kami mendapat berita dari kampung mengenai arwah. arwah sakit teruk. dan malamnya, dalam pukul 10 malam sekali lagi mendapat berita dari kampung... terduduk saya bila mendapat tahu arwah sudah pun pergi. pergi menemui pencipta.
namun antara kita ada tabir yang memisah. jurang yang amat mustahil dapat kuredah. namun begitu,kutahu antara kita masih ada tali yang pengikat iaitu doa yang tulus terlafaz saban waktu.
al-fatihah buatmu sahabat. kudoakan agar dirimu ditempatkan dikalangan hamba2Nya yang bertuah. hamba2 Nya yang memperoleh rahmat dan kenikmatan dari Khaliq.

"dunia merupakan ladang akhirat. apa yang kita tanam dan semai di ladang akhirat ini, itulah hasil yang dapat dituai nanti..."

"betapa singkatnya hidup kita... gunakan masa yang ada sebaiknya... Allah suka pada hambaNya yang beramal soleh TAPI Allah lagi suka pada pemuda yang beramal soleh"

0 komentar tetamu neza: